Tuesday, February 6, 2018

Gombak Fit Dance 1.0 by Fitsisters Group!

Fit Sisters telah tubuhkan pada tahun 2016. Kami bermula dan bertemu di kelas zumba di sebuah studio berwarna pink (F3 Studio), di Gombak. Di situ, kami mula kenal dan mesra antara satu sama lain. Sehinggalah suatu hari kami (beberapa orang) berpindah ke Metabolix Gym/Studio di Sunway Batu Caves. Kami adakan kelas sendiri, dan menyewa studio di Metabolix Gym. Selepas Metabolix Gym tutup, kami berpindah dan menyewa pula studio di Zucca Studio di Prima Sri Gombak. Di situ lah kami adakan kelas Zumba dan Salsation, untuk perempuan sahaja.
 
Begitulah serba sedikit tentang FitSisters Group. Giteww ^__^
 
Ya, satu permulaan yang baik untuk FitSisters Group! Alhamdulillah, pada 21 Januari 2018, Fit Sisters julung-julung kali telah mengadakan satu event Zumba dan Salsation iaitu, Gombak Fit Dance 1.0 di Dewan MPS, Gombak, selama dua jam, menampilkan instructor zumba dan salsation yang hebat belaka! Melalui pelbagai rintangan, tetapi berkat usaha dan kerjasama setiap AJK, Alhamdulillah, event ini berjaya! Bukan senang nak adakan satu event besar sebegitu! Dengan pujian daripada peserta2 menjadikan kami lebih bersemangat dan menjadikan ia satu titik permulaan untuk seterusnya. Komen-komen pula, sebagai peringatan kami bersama. Peace no War! ;-))
 
Beberapa foto ciput untuk kenang-kenangan kami ^__^
 


Zum, zum, zum, Zumbaaaa!

 

Yang tengah berbaju hitam, Eka Yahya, Salsation Elite Trainer!






Insya-Allah, semoga bertemu lagi di Gombak Fit Dance 2.0. Yeahhh! Lol!


Yang berdekatan dengan Gombak dan berminat untuk mengikuti kelas Zumba dan Salsation (1 jam-ladies only), boleh walk in ke:
 
Zucca Studio, Prima Sri Gombak, 
Isnin-9.30 malam
Rabu-9.30 malam

Walk in = Rm 12

Come, and join me ... stay fit dan fun with Fit Sisters Group! Lol! ^__^

Thursday, January 25, 2018

Dapur Penyet di Giant Batu Caves

Pertama kali kite makan ayam penyet di Dapur Penyet! Isy, memang kena dengan tekak kami! Isi ayamnya lembut, 'habuk-habuk' dia pun krup krup krap sangat, rangup!

Yang tak tahan pedas macam kami, sambal cilinya, meletop pedas. Tapi sedap!

Boleh ulang lagi nanti, lol!


Tahun baharu makan ayam penyet Dapur Penyet di Giant Batu Caves. ;-))
 
 

Menu pilihan kami-Ayam Penyet Smashed Fried Chicken (Signature Dish)
 

Sebelum ni dah lama tengok bloggers review Dapur Penyet yang sedap. 2018, baru berpeluang ke sini ;-))
 

Wafiy anak kedua kami tu, memang suka ayam penyet, biasa beli ayam penyet/keli penyet kat kedai makan area rumah kami, boleh tahan sedap, keli penyet nya, rangup. Tapi Dapur Penyet, memang terbaik lah dari yang terbaik!

Cawangan Dapur Penyet boleh lihat di sini :

http://www.dapurpenyet.com.my/ouroutlets.html
 

Wednesday, January 17, 2018

'Update'

Kadang-kadang datang perasaan nak biar je blog ni, tak update apa2, nak blogwalking je. Kalau rasa nak update, update lah, kalau tak nak, tak nak, dan ko biar aje blog bersarang. Bila blog ni sekadar catatan, kenangan kita, dan ia bukan blog mencari pendapatan, macam ginilah jadinya. Tapi kita sayang kat blog ni. Cerita2 lama kita ada kat sini, nak rujuk, baca kisah2 lepas, tetiba rasa syok sendiri pulok. Hahahha..
 
Bila blogger tersohor komen, "update je lah apa2, untuk kenangan", rasa la semangat sikit, gitewww! ;-))
 
Itu yang tergerak hati dan tangan untuk menulis di sini.
 
Cuma nak tanya, suatu hari nanti kalau kita dah tak buka blog kita, dalam tempoh beberapa tahun  (tempoh yang lama), adakah blog kita akan hilang macam tu aje??? Maknanya, Dieyana78.blogspot akan terhapus macam tu aje?? Sob sob sob! Atau kita kena 'tutup' sendiri, barulah blog kita tertutup untuk selama-lamanya tanpa dikesan. Eh soalan macam berbelit2, kalau ada yang faham dan sudi, boleh la tolong jawab, ya ;-))
 
Kalau rasa nak follow kite, bolehlah follow kat Instagram, sebab kat IG je kite rajin update, kalau kat IG, cepat je boleh update. Gambar sekeping dua untuk kenangan! Hanya IG peneman setia! Facebook pun tak semua benda kite update, yang penting-penting aje ;-))
 
IG: Nurdiana mohd nor
 
Bai-bai! 
 
Nota: Tepuk dada tanya hati. Semoga perasaan ini terus kuat dan rajin untuk menulis! Insya-Allah ^__^

Tuesday, January 16, 2018

16 Januari 2018! ^__^

Assalamualaikum. Selamat tengah hari....




Bagi ucapan lah sikit, walaupun dah 16 hari kita di tahun 2018. Hahaha.

Tu je nak nak bagitau, sebagai pembuka tirai 2018. Cerita 2017 berlambak tak update. ^__^ 
 
Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan, kisah lepas2, yang pahit-pahit, tinggal jauh2, yang manis2, baik2 kita bawa bersama. Aci dak? (hahaha, alasan ko tak nak/malas nak update blog!). Perasaan macam nak 'pencen' tulis-tulis pun ya jugak!

Monday, November 6, 2017

Minum Petang di Restoran Al-Azmi Garden, Sentul

Minggu kepanasan yang lepas, rasa bosan di rumah, tak tau nak ke mana, dengan cuaca panas, malas nak bersiar2, lepak rumah lagi best. Tapi, best juga kalau dapat cendol/ apa yang menyejukkan tekak, sambil2 lepak dengan family. Minum petang katanya ;-))
 
Restoran al-Azmi, kedai makan siam fevret kami.
 
Pulut mangganya sedap, tapi pulutnya agak manis sikit, mangganya fresh, dengan kuah santannya yang lemak2, terbaik!

 
Suami-order Som Tam juga sedap!

 
Mama-tak tau nak order apa, tapi tekak teringin sate....

 
Lai chi kang

 
 
ABC, Iman  punya
 
Cik kembar, nasi goreng cina, itu je lah nasi kegemarannya. Pagi petang siang malam minta nasi goreng cina, hahha!
 
Restoran  ni memang best, menunya boleh dikatakan memuaskan hati, sesuai untuk family dan semua. Tempat duduk bersila pun ada, juga disediakan tempat ala2 pondok.
 
Anak-anak santai di buaian.
 
Service boleh dikatakan cepat dan terbaik! Tak sempatlah muka nak berkerut. ^__^
 
Celebrate birthday/anniversary e.t.c, boleh reserved tempat.
.
Suka menu siam, bolehlah try kat sini. ;-))
Restoran Al-Azmi Garden, Sentul.
 

Wednesday, November 1, 2017

Salsation is Now!

Jom, malam ini, di Zucca Studio, Prima Gombak, Batu Caves!
 
Ladies only (studio tertutup).
 
Boleh walk in.
 
Isnin dan Rabu : Salsation
 
Jumaat : Zumba
 
#salsation #zumba #fitandfun
 

3 Salsation Instructor (SI) LOL!



Salsation Instructor -berbaju hitam, SI Suetila LOL!



Tamat kelas, wajib bergambar. ^__^
 
Nak sihat, nak gembira, jom lah bersama-sama kami!

Tuesday, October 31, 2017

Anniversary Mega Dance to Fit 2017!

Anniversary Mega Dance To Fit
9 Ogos 2017
Stadium Titiwangsa KL
Anjuran My Fit Dance
 
Baru-baru ini kami join event di stadium titiwangsa, sesekali join ramai2 dengan kawan-kawan sealiran, syok!

 
 
^__^
 
 
 
Zumba/Salsation/hip hop macam-macam lah, digabungkan dalam event ni.



Salsation Family! LOL
 
 
Banyak event lagi sampai hujung tahun ni, tapi 'tiket' daripada Pak Encik yang kat rumah tu dah tak de ... tunggu untuk tahun depan pulok, katanya. Hahhaha! Cukuplah kelas yang kat studio tu ^__^
 
Sesiapa nak join kelas di Zucca Studio, Prima Gombak, nanti kita update kelas next entri ya! ;-))
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...