Kejadian dah lama ni, baru nak post.
Manhantan Fish Market, Sunway Putra Mall.
Nampak je sikit, tapi kembang pipi juga lah mama nak habiskan sepinggan ;-))
Kid's Menu-tak habis pun, tapau!
Kami berdua je yang pergi, saya dan cik kembar (Umar Ghazi). Yang lain melopong depan tv, mood berjalan tak mari lah tu. Kembar yang sorang lagi tidur. Dan saya, rasa bosan yang amat, ha mula lah macam2, mintak izin, nak jalan 'pusing-pusing', hilangkan rasa bosan, sekejap pun okey, janji lepas perasaan tu. Ada yang perangai macam saya tak? ^__^
Kabur! ;-))
Tak tau nak ke mana, jom ke Sunway Putra Mall, paling dekat dengan rumah. Parking mudah, tempat makan pun banyak. Tapi kami tak lama, sebab jalan berdua saja, hati teringat2 yang berbaki 4 lagi kat rumah tu! ^__^
"Hey you!" ;-))
Balik rumah, dengan bangga cerita kat partnernya, "Adik (Ghufran), tadi Abang Aji (Ghazi) jalan-jalan dengan mama, best!!"
Hahaha, saja mengapi-apikan Ghufran, terkebil2 la Ghufran.
Umar Ghazi tanpa Umar Ghufran di sisi ^__^
Partner nya tak de, tak dapat lah nak bergandingan membuas. Sangat patuh dan baik-baik sahaja ^__^
9 comments:
seronok dia dapat jalan-jalan ngan mama yer...
lama tak makan fish manhattan tu...aduhhh sedapnyaaaa la hai...
Tula teringin pula bila tengok. Best jalan-jalan kat mall, cuci mata kan, oh baik ja dia bila tak da geng :)
uish sedapnya.. lama dah tak klua makan makan.. bilo kito nak detim ni kak?
lovely-ha mama dia yang terlebih seronok sebnrnya..hahha
wahida, ha, dieyana mmng suka mnhantan tp tk leh mkn bnyk, muak
babypose, ha, tk de geng mmng baik, kalau tak..haru biru jadinya..;-))
idazs-ha kan...jom, kita set masa..esok jumaat kan! hahha,
x pernah msk lg fish mahattan ni
Post a Comment