Monday, April 3, 2017

Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa!

23 Mac 2017
 
Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa
 
Seawal pagi dah gerak ke Rawang, rumah my biras (kakak ipar suami). Selalu tengok my biras ni 'panjat' bukit. Teringin nak cuba! Suami ckp, jom lah, awk cuti 23/3 (cuti sekolah) ni, kita tanya Kak Shida. Dan, Kak Shida-'jom Na!' Hahaha dari acah-acah je, terus kite  rasa berdebar tau! ;-)) Padahal pukul 11 pagi tu, dia ada miting kat UPSI (she is coach-aerobik teacher), sanggup dia luangkan masa untuk kami, semata2 nak naik bukit, hahha, sporting betul my biras ni. Aktiviti mcm ni, mmng dia suka ;-)) Anaknya yang darjah lima ikut sekali.
 
Anak-anak, kat rumah, kasi mama dengan papa tengok trek nya macam mana, kalau sesuai dan okey, Iman & Wafiy boleh ikut! Hihihi.
 

Releks nampak, dalam hati, mak berdebar tau! ^__^
 
 
 
Peace sikit! ;-))
 
 
Sekejap je-dalam 20 minit, kami dah sampai atas, posing2 jap, sedut udara pagi, lepas tu kami gerak turun. Tapi sebab ini my first hiking, gigil lutut mak tau! Balik rumah, mula sakit2 badan ... nak sangat panjat bukit kan! ^__^
 
 
Bila nak menurun tu, mmng agak mencabar juga lah bagi saya yang tk pernah hiking ni. Nak turun tu, memang kena hati-hati, ada tempat2 kita kena duduk, turun perlahan2. Tapi okey lah, bukit ni sesuai untuk permulaan mcm saya ni.
 
 
 
Bila sampai atas, wahhh, lega sangat!
 
 
 
 
 
 
Sesekali bercanda atas bukit, kau! ;-))
 
 
Bila bergambar, kami memang kaku, tapi my biras ngajar kami, gitu, gini, sangkut tangan kat bahu, pegang pinggan, hahaha ... iya kan aje ... sweet2 konon2 nya ;-))
 
 
Kata suami, dah kata berzumba, takkan panjat bukit rendah mcm ni pun dah mengah! ;-)) Lain la beb! ^__^
 
 
Amboi amboi amboi!
 
 
 
Agak2 bila nak hiking lagi nih ... kata suami, jangan serik! Ini baru bukit dua ringgit, belum broga lagi! Hahha
 
 
 
Balik tu, pekena roti canai telur sebiji! Hahaha!
 
 

10 comments:

mama tisya said...

wah panjat bukit..bercanda atas bukit ye..kita bercanda kt pantai je hehe

norhidana said...

waaaaa ada gambar mentik2 i like....

kalau dana lah bukit seringgit pun tak sanggup nk naik huhuhu

- dieyana - said...

mama tisya..hahha, sesekali kan, kat pantai lagi best...ada angina sepoi2 gitew ;-))

- dieyana - said...

norhidana

hahha, kite pun pestaim tu...ntah2 pastime n lasttt kot hahha. tapi seronok juga... bila dh smpi ats, rs kepuasan gitewww ;-))

Aty Fared said...

waaaah..tak tau ada bukit besh dekat2 sini..!! boleh cuba ni.. nampak menarik.. :)

Iela Fazielah said...

bestnyer diayana..ila dah lama xpanjat bukit.... tp stamina kena kuatkan..kalau x mengah n sakit badan

PinKy MoMMa said...

HAHHAHAHAHAHAHA bab roti canai tu winnn...

LYAfrina said...

Syoknyerr..pic pom cantiknya... blh msk contest kt IG ni

Unknown said...

Hai...kat mana tempat nak mula naik ya

Anonymous said...

Hi Kak Dieyana,

Laluan track jelas atau tak ? Risau jugak kalau sesat bila nak naik nanti..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...