Wednesday, January 20, 2016

Anak-anak Kembali ke Sekolah!

Alhamdulillah, dah tiga minggu anak-anak kita dah bersekolah kan.  Baru nak update kisah anak-anak kembali ke sekolah. Alhamdulillah, Iman darjah empat, Wafiy pula darjah dua. Cik kembar 4 tahun (belum masuk sekolah, hihi)! Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi, dirahmati-Nya, moga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
 

Gigih mama dan papa hantar anak-anak ke sekolah hari pertama. Tak de apa pun, diaorang pun dah besar, cuma nak gembirakan anak-anak, hari pertama, mesti hantar ank-anak ke sekolah-mama wajib cuti! Harap dapat kekalkan amalan ni sampai bila-bila. ;-)) Tahun-tahun yang lepas, saya seorang saja yang cuti hari pertama, tapi tahun 2016, suami pun masih bercuti (cuti sakit), bolehlah ambil peluang hantar anak-anak sama-sama. Balik sekolah pun kami jemput.

Hari kedua, rutin seperti biasa-pergi dan balik sekolah naik van. Sekolah agama (petang) suami akan hantar dan jemput mereka. (Hari kedua persekolahan, suami kembali bertugas/mengajar seperti biasa setelah bercuti beberapa bulan-cuti sakit+cuti sekolah)

Dari segi perbelanjaan, ingatan untuk diri sendiri, agar lebih berhemah. jimat cermat-tk perlu mengada-ngada yang bukan-bukan. Reda dgn kenaikan yuran transport diaorang, reda je lah, nak kata apa kan, kehidupan sekarang semua naik, apa yang boleh kita buat, jimat cermat apa2 yang patut. Semoga Allah sentiasa permudahkan semuanya.
 
Mama pun mahu lebih rajin, bawak bekal ke pejabat katanya. Ewah gitu. simple2 aje, goreng telur, makan kicap, sesekali buat tumis ayam/ikan, hak senang-senang/sempat aje. Kat café ofis, paling tidak saya akan ambik lauk macam tu juga, ayam tumis seketul, nasi, RM 4! Okey, fine, sempat2 kan diri goreng ayam/ikan/telur/masak nasi pepagi ;-)) Kalau tak sempat, nak buat macam mana kan, hadap je lah!
 
Anak-anak wajib bersarapan di rumah, kadang2 diorang mintak bawak bekal, kadang tak mahu. Okey, okey, bagi kebebasan, ikut mood diaorang. Tapi kalau bawak bekal lagi bagus kan!
 
Anak-anak pun dah ada target sendiri, kalau dulu, diaorang habiskan duit belanja, Alhamdulillah, tahun ni, nmpk lebih berhemah-simpan tabung. Semoga terus konsisten!;-))
 
Alhamdulillah juga, perancangan untuk anak-anak agar mereka lebih berdisiplin, Insya-Allah....
 
Setiap malam, cuba juga untuk luang masa mengajar anak-anak mengaji. Part belajar/ulangkaji/kerja sekolah anak-anak, itu tugas suami sejak dari dulu, saya tak campur. Banyak kerja-kerja rumah nak dibuat, dengan urusan cik kembar, hahha, okey. Alasan klise! ^__^
 
Part mengaji ni kiranya azam untuk tahun ini, agar lebih konsisten, sambil anak-anak mengaji, kita pun boleh mengaji sama kan! Tak banyak, separuh halaman saje. Tak dapat setiap malam, hari cuti-Sabtu Ahad-wajib, mesti baca! Alhamdulillah, anak-anak pun boleh terima 'peraturan' ni. Bila cakap kat diaorang, Iman dan Wafiy dah sunat, dah 'besar', solat tak boleh tinggal dah! Modal mama, 'dah sunat', memang boleh pakai, hihihi! Semoga ia konsisten sampai bila-bila. Amin!

Balik sekolah Agama (petang), Iman n Wafiy memang akan singgah mengaji dgn ustazah sekolahnya. So, rasa lega yang amat, kat sekolah mengaji, kat rumah pun mengaji juga.
Jom kita sama-sama membaiki diri agar menjadi lebih baik dari semalam, yang penting, istiqamah.
 
Nota Dieyana:  Insya-Allah ... semoga dipermudahkan-Nya.
 

 
Anak-anak Permata Hati!


2 comments:

Aida Salleh said...

Kejab je budak2 ni membesarkan dik. Tak lama lagi cik kembar plak masuk sekolah. terasa tua pulok. hehehee...

pasal makan tu, akak mmg terasa sangat makan kat café tu agak mahal sbb tu akak bawak bekal. hehehe....lagipun selalu je apa yg dijual tak kena dengan selera. tekak cerewet kan? hehehhe....mula2 mmg terasa malasnya tapi kalau dah lama mmg dah jadi rutin...so ok ajer lah. :-)

Rizziela said...

Bila sekolah dah start..bukan anak2 ajer penat..dgn mak2 sekali berjemaah penat kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...