Thursday, March 28, 2013

Adik Perempuan

Anak-anak Kita:
 
Iman: Mama, best lah Awih  ada adik perempuan! Adik2 Iman semua lelaki. **Awih=(sepupunya yang sama baya - anak kakak saya)
 
Mama: Ala, Iman pun best, ada adik kembar lagi!
 
Terdiam seketika. Kemudian menyambung;
 
Iman: Erm, tak pe lah mama! Nanti Iman kahwin, isteri Iman nanti perempuan kan!!
 
 Wink wink wink! ^____________^

Wednesday, March 27, 2013

Penyusuan Ibu: Berusahalah!

Perkongsian:

Makanan/minuman/amalan saya, insya-Allah, boleh menstabil / tambah  penghasilan susu badan (mungkin ada orang yang sesuai, mungkin ada yang tidak, ikut kesesuaian masing-masing ;-) )

~ susu tepung (tak kisah brand apa)-Part ni saya agak susah nak telan, paksa rela je-time mengandung pun mcm tu juga-paksa rela.

~ disebabkan 'payah' minum susu-sy mencari alternatif lain-susu tepung - Dutch Lady coklat.  Tak de bau susu, sedap! + oat = marvelous!

~ lain2 minuman bercoklat, milo etc

~ horlicks, nestum

~ oat (dulu tak suka, sekarang suka/sedap sgt!)
 
~soya

~air putih  semestinya!

~ air mata kucing

~kurma

~tempe

~yogurt
 
~ coklat
 
~ kurangkan minuman berkafein
 
~ no ais2 ya! :-))

1) Ibu menyusu kena jaga  makan-tak boleh nak skip/diet2. Jgn risau gemuk, insya-Allah, ibu menyusu, badan maintain..;-)) saya lebih risau penghasilan susu daripada risau gemuk ;-))
 
2) Kena rajin pam.
 
3) Sentiasa berfikiran positif, jiwa mesti tenang, kalau jiwa kacau, kacau lah hasilnya. ;-)  sentisa  'bermain' dgn psikologi ... positif thinking!
 
4) Doa agar sentiasa diberi rezeki untunk anak2.
 
5) Amal ayat 60-surah al-baqarah

6) Sebagai sampingan-supplemement (  untuk kesihatan diri + membantu menambah susu badan .. insya-Allah dengan izin-Nya. Alhamdulillah, tiada keletihan, kurang mengantuk, bangun pagi-segar! Pinggang/badan tidak sakit2, insya-Allah, semuanya kerana kuasa Allah SWT, sentiasalah berdoa diberi kesihatan dan rezeki yang baik dan halal, Amin. Tapi perlu diingat, "Supplement alone CANNOT increase your milk supply. Supplement berfungsi untuk top- up kekurangan nutrisi di dalam tubuh yang menjadi PUNCA kenapa susu kita merudum" (petikan daripada Breastfeeding Heaven)

7) Jgn risau sekiranya hasil hari ini kurang drpd hasil semalam, dan sebaliknya. Kalau kurang, berusahalah ... bangun tengah malam atau apa saja cara ... nak seribu daya, tak nak seribu dalih ;-))
 
8)Jgn duk ckp, 'aku ni tak dok susu'. Please ... semua org Tuhan beri rezeki ini, cuma cara kita mengawalnya adalah penting ... setkan minda yang baik2, ok!
 
9) Jgn risau tgk susu orang lain lebih bnyk drpd kita ... rezeki masing2, mungkin hari ini dapat sikit, esok lusa dapat banyak....

Nota: Lahir anak pertama dulu, saya tak tahu apa2, Iman hanya disusukan 2 bulan dlm pantang sahaja. Tak mahu ulangi kegagalan yang lalu, dan atas kegagalan  yang lalu, saya bangkit! (ewah) Dan, Alhamdulillah, anak kedua, Wafiy - saya susukan sehingga dia berumur 4 tahun.

Insya-Allah, untuk anak kembar ni semoga terus diberi kekuatan keyakinan. Amin.
 
Jadual makan saya:
 
* Pagi - Sarapan milo+oat/dutch lady coklat+oat+kuih/roti/nasi lemak/nasi goreng/etc
 
* Pukul 10 - kalau pagi makan kuih, kul 10 saya akan mkn nasi, kalau pagi makan berat pukul 10 saya kunyah kuih/biskut.
 
* Tengah hari - nasi
 
* Petang (pukul 3/4) - bancuh ESP (Shaklee) 1 mug+kunyah roti.sekut/tak ,kisah apa2, janji ada kunyah2..;-))
 
* Malam - nasi
 
** Dari pagi -malam saya akan minum air putih/suam=4-5 liter!
 
~~ Usaha, doa dan tawakal, insya-Allah.... ~~

Friday, March 15, 2013

Hasrat Terlaksana (2012)

Benda yang saya nak sebelum ni, akhirnya tercapai. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Allah Taala,  Tq untuk suami kerana tolong tambah2 modalnya... Gigih tau kumpul duit utk dapatkan semua ni+duit bonus+suami yang top-up ;-)

1) Ini hasrat masa anak kedua lagi. Katanya, dpt ank ketiga nanti, nak tukar pam. Apabila disahkan kembar, lagilah meronta2 nak FS. Saya beli dgn littlecaliphheaven, harga promosi, RM 1550 full set ... dan dapat storage bottle brand littlecaliphheaven dgn harga diskaun. Masa tu saya pantang kat kampung, suami yang tolong belikan.
 


2) Stroler Maclaren. Pada mulanya kami nak beli stroler guna duit yang org bagi kat kembar. Tapi rasa syg pula nk guna duit kembar, so duit yang org bagi saya buka akaun tabung haji utk kembar. Saya dan suami sanggup kongsi duit bonus  beli Maclaren nih-apabila dilipat, muat utk bonet myvee yg kecik tu!. 

Beli time Year End Sale, diskaun 20%. Asalnya, nk beli  satu stroler single je, sbb Sweet Cherry Wafiy masih elok, jarang2 guna. Tapi bila pikir panjang, takkan nk tolak dua stroler, tak glemer la utk kembar ;-) kembar glemer, mak pun glemer sama kan! ^_^ Sekarang, Sweet Cherry yg ada tu tersadai ... masih elok/baru-kalau ada saper nak, saya jual dgn separuh harga. Mau? ;-)) 

3) Peti lama (satu pintu) tempat ais dah kurang  beku, kami putuskan beli deep freezer. Masa pantang di kampung, stok kembar mmng tk muat waima peti 2 pintu. Alang2, beli ajelah deep freezer (DF),  biarlah betul2 menjayakan misi breastfeeding! DF ini pun suami yang pergi survey n beli, masa tu saya pantang kat kg -  Elba-RM 600 di Senheng.
 


4) Car seat Sweet Cherry - bukan saja impian tapi memang keperluan utk kembar, kemudahan utk kami hantar dia ke rumah pengasuh.(sudah dapat stroler n car seat)

Wednesday, February 27, 2013

Menyusu Kembar

Panduan untuk diri sendiri dan ibu-ibu lain juga ;-)
 
 
 
 
Gambar No 1-6, dari kiri ke kanan: Dalam pantang-saya lebih selesa dgn gaya no. 1 (gambar atas)-lapik bantal kiri-kanan, depan-belakang ;-)
Umar 2G (Ghazi & Ghufran) dah besar sikit, saya selesa dgn gaya no 3 (gambar atas), dan sekarang si kembar dah nak masuk 5 bulan, saya selesa dengan gaya no 6 (gambar bawah).
**Tak ada dlm gambar pun ada juga-gaya sesuka hati mak aje, asalkan si kembar selesa, saya pun selesa ;-))
 
Kalau tak kena gaya, sakit pinggang mak tau! ;-) Masa mula-mula nak biasakan diri menyusu serentak, kekok/sakit pinggang segala bagai jugok, sekarang alhamdulillah, dah boleh biasakan diri....besar esok 'lagu' mana la, pandai lah si kembar cari sendiri...jgn berebut, cukup satu sorang ^_^.

Thursday, February 21, 2013

Kami Bahagia ;-)

Tajuk ala2 macam artis dok? ;-) Tapi ini bukan Fiz Feruz/ Neelofa. Ini Dieyana,  Neelofa-'Needieyana' aci?  ^__^ Entri hari Khamis, sekadar bebel/coret2 Jangan marah ya.....

~ Cuba BW blog2 feveret -banyak entri tertinggal, nanti lapang sy akan kunjungi blog2 best ni;-)

~ Nak makan Wendy's! (friesnya sedap!)

~ Lama tak shopping tudung/kain pasang, g kerja duk pakai hok sama jah! ;-)) Mak pun nak 'janguk' jugok! ;-))

Irma yang comel! (Sumber: Google) 

~ Jumaat (rehat tengah hari-panjang) adalah hari terbaik shopping.

~ Sabtu-Ahad lebih banyak di rumah.  Sebelum ni, kalau Sabtu/Ahad, saya memang tak boleh duduk rumah, nak juga berjalan2 (kakisukaberjalan? ;-),Sejak ada kembar, anak pun dah 4, rutin bnyk berubah. Sabtu-Ahad lebih suka di rumah, tak de lah meroyan macam dulu nak keluar berjalan2 ^_^. Inilah masa terbaik melayan anak-anak/kemas rumah bla bla bla. (Sesekali dapat keluar, ha, tergedik2 melompat, bukan anak yang melompat, maknya yang melompat ^_^

~ Di rumah, pembahagian tugas dilakukan.  Baju sekolah Iman, sental-menyental, bagi suami ;-)) Baju kembar, tak perlu sental, saya rendam n cecah2 je, baju baby bukanlah kotor sgt pun.   (Kalau baju baby, saya jarang2 basuh mesin...) Pagi2 kalut nak kejar ke opis, laki bini kenalah kerjasama, kalau tak, memang tak sempat! Suami berkejar hantar Iman & Wafiy ke taska-naik van ke sekolah, kemudian kami berkejar hantar kembar rumah pengasuh.
~ Bab masak -  tgk kelapangan, kalau kembar tu elok, saya akan masuk dapur. Setakat goreng ikan, msk nasi tu, okeylah, gulai2, serah kat suami lah! ;-))  Kalau laki bini dah 'malas' sgt, tapau lauk je lah! ;-) Tapi kalau Iman/Wafiy request nak bihun/mi goreng (feveret), saya akan cuba juga masak utk mereka-katanya, "bihun mama sedap". Saja nk 'bodek' mama la tu!
~ Bekalan sekolah  - paling tak sempat, sediakan roti telur (Kata Iman, "mama ni, roti telur, roti telur, roti telur," . "Okey kita tukar, roti sosej pulok, okey!" "Mama ni, roti, roti roti... ^_^..ada saja jwpnnya!  (Mama bukan kreatif sgt nk masak itu ini, mama tau roti, telur, roti, sosej ;-))

~ Sesekali suami akan bw anak yang dua lagi naik motor, 'pusing kampung', katanya..(kampung sentul, aci?;-))

~ Kerja sekolah iman n wafiy, suami yang bnyk tengok. "Mama2, tgk homework wafiy ni." "Mama, tgk homework iman ni," Kalau dah "mama, mama, mama", kenalah tengok/beri perhatian kan....

~ Kat rumah tak ada masa duduk2 goyang kaki, ada saja benda yang nak buat, goyang kaki time menyusu kembar, itulah time mak nak rehat....
~ Tak kira waktu, tengah malam, pagi2 buta, kalau dah bangun, kemas rumah-lipat kain, jemur kain, mop lantai, pam susu, sedia beg baju anak2, sedia beg pam susu ke opis, ada saja kerja yang nak buat. Pukul 2/3 pagi - 'kokah2' buat itu ini- Masa ma datang rumah selepas sy bersalin hari tu, ma kata rumoh na ngosek(berhantu) ko? Tengah2 malam bunyi 'koh keh koh keh' ;-)  *kohkehkohkeh"-bunyi sesuatu.

~  Memerlukan tenaga yang lebih, kalau tak, lembik - melepek la saya ni yang dh memang kurus cekeding, tambah lagi menyusu dua serentak. Untuk mengembalikan tenaga, saya ambil supplement Shaklee-set breastfeeding, alhamdulillah, sangat2 membantu (dengan Izin-Nya). Bukan saja bertenaga, malah, susu juga cukup untuk si kembar ...  moga terus diberi kesihatan ini...amin. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang! ;-) (Eh tetiba ^_^)

~ Nak cuba satu lagi produk shaklee-ESP, tambah susu juga dan kelebihan2 lain. Beranak kecik ni kena la ada supplement kan, nak jaga menyusu kembar, kerja rumah, kerja2 di opis. Semua tu memerlukan stamina yang lebih.  Yang tak de anak kecik pun, letih, kurang tenaga, boleh cuba Shaklee ni. Yang penting, kena disiplin, makan supplement ikut time yg ditetapkan.... (iklan tak berbayar, heheh)

~ Pengepam tegar, sibuk/tak, pam tetap kena pam, kalau ikutkan sibuk di opis, memang tak ngepam lah jawabnya!  (Pernah satu hari di opis, saya skip waktu pam, balik rumah - bengkak yang amat, demam!  Serik!
~ Elak/kurang makan/minum yang boleh jejaskan penghasilan susu .. seperti ais, minuman berkafein

~ Teringin nak makan di Restoran Tat Nasi Ayam-ada yang penah mkn? Kata suami, sosnya sedap, turut diakui oleh anak saya, Iman. "Sedap, sedap, sedap, mama!" Cwgn kat Rampai Busines Park, Wangsa Maju-tapi ada cakap service kat situ lmbt. Apa kata survey?

Sumber:Google
Okey, dah cukup bebel2 ... ;-)) 

(Nota Dieyana: Apa2 pun, bersyukur, ada orang lain yang lebih 'sibuk' daripada kita, semuanya telah diatur cantik oleh DIA. DIA beri sesuatu kepada kita kerana DIA lebih mengetahui akan kemampuan hamba-Nya.Semoga dipermudahkan-Nya. Terima kasih ya Allah atas rezeki  dan kurniaan-Mu ini.)


Wednesday, February 13, 2013

Tentang Kembar Umar 2G (Ghazi+Ghufran)

Maksud nama Ghazi=Pejuang, Ghufran=Keampunan

Ketika dalam kandungan, kedua-duanya berkongsi satu uri-kata ma (mentua), size urinya besar drpd biasa!
 
-11 Februari - 4 bulan

-Alhamdulillah, sehingga hari ini full breastfeeding.

-Ghufran (si adik) lebih dulu meniarap-1/2/2013-

-Senyum2, suka sembang2, mulut bising! Perkataan pertama-"khu, khu" ;-))
 
-Pandai tengok dan kenal orang-terutama mama, papa n abang2 dia lah! ;-))

-Ghazi n Ghufran dah pandai tengok + main sesama sendiri. Comel! ^_^

-Suka tengok tv! (Lepas ni jadi 'ultraman' macam abang2 nya jugalah! ;-) haisy rosak mata ni, (kata pakar, sangat tidak elok bayi diletakkan/lepak depan tv). Apa nak buat, rumah ada satu ruang tu je, hari minggu, depan ruang tamu yang ada tv tu lah kami anak beranak lepak.

-Malam -bangun/merengek minta susu je.

-Kebanyakan perkara akan berlaku serentak-sorang berak sorang lagi pun berak, sorang bangun/jaga, yang sorang lagi pun macam tu.

-Kalau dua-dua teriak (lapar)-menyusu serentak, sorang sebelah kanan, sorang kiri. Pandai2 la mu dieyana, penuh bantal keliling,. ;-))

-Dalam buai pun boleh tidur, bawah pun boleh.

-Lesung pipit sebagai tanda pembeza kedua-duanya-Ghazi ada lesung pipit dua yang sgt jelas, Ghufran hanya sebelah saja.

-Tanda kedua- mata Ghazi agak sepet ke atas-mata Ghufran agak bulat!

-Duduk dalam car seat, diam. Tapi dalam stroler, salah seorang mesti resah gelisah tak nak duduk. Haisy!

-Dapat keluar berjalan2, dua jam tu kira okey sangat dah!(Rekod terbaik terbaru-2 jam setengah)

-Baru dua kali keluar (tidak termasuk bawa klinik)-JJ  n Giant.

Sabtu/Ahad-lebih banyak di rumah, menepek je kerjanya! ;-))
 
Ghufran-nama sama dengan pemain bola sepak New Castle (orang Perancis)-Gouffran?  ^__^

Belum cucuk 3 bulan!

Kedua-duannya demam serentak-demam sebab cucuk 2 bulan (sehari saja), kali kedua demam masa cuti hari wilayah (3 hari).

-Perut masih dibarut, sarung tangan pun masih pakai-bimbang time kuku panjang-abis muka luka digarunya.
 
13/2/2013-Ghufran batuk2 kahak dan selesema! Dah bawa ke Klinik Pusrawi pagi tadi ... harap cepat baik! Ghazi pun dah berjangkit, selesema!

Sunday, February 3, 2013

Benci Habuk!

Uhuk! Uhuk!  'Rumah' berhabuk! :-( Saya datang ni nak pasang aircond, harap kuranglah habuknya! ;-)) 

Sangat tidak sempat untuk update, di rumah, berkejar dgn cik kembar, di pejabat berkejar dgn kerja hakiki yang semakin banyak, phew-phew, tarik napas lepas. Banyak entri yang tertunggak, entah bila dapat lepak dgn senang hati di sini. Sangat rindu nak update entri macam dulu2..apakan daya.... Tengah tulis2 ni pun, kepala ligat2 nak buat itu ini, fikir itu ini!Dah macam robot, rasanya! ^_^

Iman n Wafiy baru saja baik dari demam, cik kembar pula yang demam skang nih! :-((

Bai! Jaga diri, hiasi peribadi! Chow! ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...