Wednesday, May 8, 2013

Rombongan Little Caliph BBS


Lagi-lagi entri yang lepas ;-) (Terimalah hakikat blog ini akan menyiarkan entri2 tertunda.... ^_^ )

 
 Snap gambar dalam kereta je ;-)
 
Lawatan Little Caliph Bandar Baru Sentul (LCBBS) ke Kilang Roti Gardenia (22 April 2013). Kemudian singgah di Mc Donald Shah Alam, bawa balik Happy Meal satu sorang. Seronok bukan main Cik Wafiy kita, naik bas dengan kawan2! Pertama kali ikut rombongan sekolah. "Mama tak payah ikut, teacher kata 'ibu bapak' tak boleh ikut." Ibu bapak? Sah ini bukan teacher yang cakap, ni Wafiy yang cakap ni. Ha3!

Monday, April 15, 2013

Silalah Berpantang ^_^

Lagi2 entri tertunggak berbulan2. jgn marah ya.... ;-)

Apa pantang-pantang? Pantang tengok, terus ngap? ;-))

1) Ikan haruan. Tiap2 hari! Tak berani nak makan sembarangan, risau mok cik tau! Luka dalam, makan mesti jaga! Sup, bakar, sup, bakar, berselang2  haruan dan selar ... 60 hari tau! Makan nasi lembik panas2 ... mabeles! ;-))
 
sumber:google
 
 2) Pati gamat Healin (perasa asli) - 2 kali sehari-setiap pagi dan sebelum tidur.  Luka luar dah sembuh, luka dalam siapa yang tahu kan!

 3) Hok ni pantang tengok, terus ngap! ^_^  Seminggu 1 tin biskut jacob original cicah milo/susu. Hahahah, pecah rekod! Terkekek2 mereka gelakkan saya makan banyak! Lepas mkn nasi sebumbung banyaknya, pekena pula biskut Jacob, paling sikit 10 keping sekali makan! Tapi Alhamdulillah, tak de lah gemuk pun, mana nak sempat gemuk, cik kembar menyusu sepanjang masa ;-)

4) Bengkung.  Selepas 11 hari bersalin, saya pakai bengkung moden yang diberi kakak saya, khusus untuk mereka yang bersalin secara c-zer, Best sangat pakai. Perut mesti jaga, tk mungkin dpt bentuk asal mcm anak dara dulu, sekurang2nya tidaklah buncit/geleber. Alhamdulillah, sy tiada masalah perut buncit, mungkin jenis perut tidak tebal. Insya-Allah, dgn izin Allah ;-) Pakai bengkung jgn menyentuh tempat luka operate.

 5) Berurut- selepas 11 hari bersalin. Saya diberitahu, bersalin c-zer, tk boleh berurut sembarangan. Mak cik urut  hanya urut/tungku bahagian bawah-kaki, tangan. Satu sesi-berurut, tungku, bengkung (2jam)-. Ambil pakej 3 hari- RM 200.Selepas 25 hari di KL, balik kampung, sambung mengurut dgn mak cik yang dah biasa saya mengurut.

 6) Mandi air serai wangi terbaekk dari ladang! Sgt2 selesa n wangi. Di KL, saya mandi guna mandian serai wangi yang segera-okey juga, tapi serai wangi yang fresh juga jadi pilihan. Insya-Allah dgn izin-Nya, segarlah badan ibu yang berpantang. 50 hari mandi air serai wangi. Gigih mak saya tanam pokok tu belakang rumah. Tq ma! Yang urus makan minum saya, basuh baju kembar, tentulah ma saya. Mandikan baby, saya uruskan sendiri, Walaupun ma ckp, dia okey, tapi saya tahu, letih jaga orang dlm pantang ni! Nak sediakan makan minum Ba lagi kan, buat kerja rumah etc.

 7) Tempoh pantang, fizikal, emosi mesti kuat! (masa ma nak balik kampung, sedih sgt2, maklum saja, orang pantang ni jiwa agak sensitif. Kali kedua sy sedih selepas tamat pantang di kampung. Saya bawa ma dan adik bongsu ke KL, naik flight, kalau tak bawa ma, saper nk riba cik kembar sorang lagi kan. Yang best, ma masak, ai tolong makan je! ^_^ Beberapa hari kemudian ba dtg pula. Kali ni mereka lama di KL, hampir sebulan. Tiba masa mereka nk kelik kampung, lagi sekali hati sy terusik, bukan sedikit, tapi teresak2, maklum mereka lama di KL. Tanpa disangka2 ma yg susah nk keluarkan air mata tu pun ikut sama menangis! Pesan Ba, “jaga molek anak2, Na, kecek molek dgn suami....” ha, lagilah berjurai mata ni! ;-))

Mereka yang Sangat Mengambil Berat

Entri tertunggak  berbulan2 lamanya ;-)”

 
1) 20 hari lebih saya berpantang (selepas bersalin) di KL. Sepanjang tempoh berpantang di KL, orang yang paling sibuk dari tarikh saya bersalin tentunya suami saya. Sepanjang 9 hari saya di hospital, dibawanya bubur nasi kosong, (nasi  lembik/basah)+ikan haruan bakar!), tiap2 hari berulang alik dari Sentul ke Hospital Selayang  Bila lagi nak berbakti kat isteri kan. Terima kasih Hanapi, tanpa yu siapalah ai ^_^  Sepanjang tempoh itu juga dia jaga/uruskan Iman n Wafiy, Selepas saya balik pantang di kampung, barulah lega sedikit suami saya, Wafiy saya bawa balik kampung. Suami yang sangat2 boleh diharap, sediakan makan untuk anak-anak, kemas rumah, lipat kain, basuh baju, bla-bla. Sebelum pergi mengajar, pagi2 sediakan ikan, nasi, air mandian untuk saya. Saya hanya mandikan baby saja.

 ‘Ko ada?’ (Bangga punyai suami gini kan?) Sila bersyukur Dieyana, dapat suami cenggitu ya ... so lepas ni, jgn bebel2 lagi tau kat suami! ;-))
 
Suami dan Ba @Roti Boy Wangsa Walk 2 tahun lepas

Dalam tempoh berpantang tanpa ditemani orang tua. Ma dan Ba kat kampung risau, “boleh ke Na, jaga kembar.” Saya sentiasa yakinkan mereka, “insya-Allah buleh, ma jange rusing.” Alhamdulillah, di KL, kembar tak banyak kerenah, dan tiada ‘gangguan’ yang bukan2. Pertama kali saya mandikan sendiri baby, menggeletar tangan nih. Kembar dilahirkan 2.1 kg setiap orang, sangat kecik, gerun! (Dua anak sebelum ni, ma yang buat semua! Tetiba anak ketiga ni buat sendiri, boleh rupanya! Nak tak nak kenalah kan!) Yakinlah Allah itu maha adil, Dia telah memberi laluan mudah kepada kami, Secara lahiriah, kelihatan seperti sukar menjaga dua baby sekali gus, nak jaga abang2 dia lagi. Tapi yakinlah, Allah bersama-sama kita, walaupun kembar, tapi menjaganya macam biasa, yang lebihnya, apa2 yang dibuat, kena dua kali, mandi, 2 kali, ada satu je serentak,  menyusu. Dua-dua melalak, kenalah serentak  ;-) Fokus, yakin kita boleh, insya-Allah dipermudahkannya, Kalau kita fikir susah, maka susahlah jadinya, jika kita fikir, senang, insya-Allah, senanglah ia.

Ma yang sentiasa 'muda'
 
2) Orang yang paling sibuk juga tentunya keluarga saya terutama Ma dan Ba. Ketika mahu ke bilik bedah, Along (kakak sulung saya) call, menangis, risau agaknya adiknya nak bersalin kembar. ;-)). Along banyak memberi semangat kepada saya. Dan banyak bantuan kepada saya. TQ Along! Bila tahu saya ke hospital, ma dan ba solat hajat utk anaknya. Apabila diberitahu 1st kembar di ICU, lagilah ba resah, mohon perlindungan Allah Taala agar anak dan cucu2nya sihat. Tq ma dan ba!.

Ma datang dengan adik bongsu ke KL, saya memang tak nak ma saya datang, tk nak susahkan dia. Dari awal saya mengandung ketiga ini, dah nekad (konon), tak mahu susahkan ma,  mahu pantang sendiri di KL, mahu uruskan sendiri, suami pun cakap ok. Tapi  ma tetap kesiankan saya, n anak2 yang dua lagi, ma datang KL juga (susahkan ma lagi) Katanya, “Na beranok kembar. sapo nak jaga makan minum Iman n Wafiy.  Tak lupa dibawanya ikan haruan dari kampung, ketika di kampung pun, ba ke pasar belikan haruan. Itulah kasihnya seorang ibu, ayah....TQ Ma dan Ba!

Keluarga saya yang amat memahami
 
3) Tak lupa adik perempuan bongsu saya, banyak tolong saya jaga cik kembar, ulit cik kembar tidur, memang adik perempuan saya ni rajin jaga anak-anak saudara. Selawat dgn suara nyaring dia tu, sampai anak-anak sy tertidur. Tq adik! Tapi kena tgk mood dia juga, kalau moodnya tak bagus, ha....disuruhnya pun tak paling doh! ;-)

 Adik bongsu saya yang rajin berdukung (mood kena jaga, kalau tak 'habislah' saya tanpa bantuan dia..;-)
 
4) Adik lelaki saya. Banyak tolong itu ini. Kejap g beli stok sekut, kejap g beli susu Wafiy - TQ Chik. Pernah satu malam dia berjaga, jaga cik kembar ... besoknya pening, tk cukup tidur. hahah. Baru tau!

5) Ma tak lama di KL. Lepas ma balik Kelantan, ma mentua pula yang ambil alih, tolong tengok2 anak-anak saya. Urus makan minum mereka. TQ Ma!

6) Tak lupa mok/nenek  (mak ma saya) umurnya hampir 90-an. Tak kuat sangat dah, bolehlah tolong  riba cik kembar malam2.  (Kat kampung kembar dah mula tunjuk perangai-siang mengantuk malam berjaga ;-)) Mok tolong riba.. sambil bebel2. Part ni tak suka. Selamba je Wafiy, nenek ni suka ‘bobel’ la (bebel) hahah. Biasalah orang tua kan, ada je tak kena di matanya, ai telan je walaupun perit! Hihkihk...

TQ semua! Saya bangga punyai kamu semua! Sayang kamu-kamu!  Terima kasih semua atas semangat, bantuan yang diberi. Kegembiraan kamu adalah kegembiraan saya juga. Ya Allah berilah perlindungan kepada orang-orang yang saya sayang ini. Untuk anak-anak lelaki saya jika esok2 kamu terbaca blog mama ni, pesan mama, ingatlah jasa ibu bapa kamu (termasuk ibu bapa mentua. Berbaktilah kepada ibu bapa kamu dan jgn kamu lupa isteri dan anak-anak kamu (cewah, agak2 ada lagi ke blog saya nih nanti? ^_^).

Saturday, March 30, 2013

KLFC

 Hari ni kami ke KLFC. tak de nk beli apa2 pun, saja nk berjalan2 bw anak, terutama Iman n Wafiy. ai sebenarnya nak berjalan.

Biasalah, cik kembar, kejap okey, kejap tak nak duduk dalam stroler, sorang tidur, sorang tak tidur. Dekat2 nak balik tu, dua-dua tidur, fuh lega mak! So, tak jadi balik, line clear, ihkihkhk. Iman n Wafiy minta roti boy. Kat KLFC ada Tako! Beli 2 kotak, satu kotak-3 biji=RM 4.90, untuk suami - Tako prawn, dan saya, Tako cheese chicken.

Cik kembar dah mula merata bergolek. Beli ni letak kat ruang tamu, senang dia nak bergolek2 - tak sakit RM 54.00 diskaun 10%.




Tako


Stokin  n soft toys letak kat stroler untuk cik kembar

Tak lupa untuk dua beradik-Iman n Wafiy, apa lagi, nak ke tempat main lah!  Tak ingat apa nama tempat tu, kat tingkat 2, depan Hinode Shop-1 jam=RM 9. 

Thursday, March 28, 2013

Adik Perempuan

Anak-anak Kita:
 
Iman: Mama, best lah Awih  ada adik perempuan! Adik2 Iman semua lelaki. **Awih=(sepupunya yang sama baya - anak kakak saya)
 
Mama: Ala, Iman pun best, ada adik kembar lagi!
 
Terdiam seketika. Kemudian menyambung;
 
Iman: Erm, tak pe lah mama! Nanti Iman kahwin, isteri Iman nanti perempuan kan!!
 
 Wink wink wink! ^____________^

Wednesday, March 27, 2013

Penyusuan Ibu: Berusahalah!

Perkongsian:

Makanan/minuman/amalan saya, insya-Allah, boleh menstabil / tambah  penghasilan susu badan (mungkin ada orang yang sesuai, mungkin ada yang tidak, ikut kesesuaian masing-masing ;-) )

~ susu tepung (tak kisah brand apa)-Part ni saya agak susah nak telan, paksa rela je-time mengandung pun mcm tu juga-paksa rela.

~ disebabkan 'payah' minum susu-sy mencari alternatif lain-susu tepung - Dutch Lady coklat.  Tak de bau susu, sedap! + oat = marvelous!

~ lain2 minuman bercoklat, milo etc

~ horlicks, nestum

~ oat (dulu tak suka, sekarang suka/sedap sgt!)
 
~soya

~air putih  semestinya!

~ air mata kucing

~kurma

~tempe

~yogurt
 
~ coklat
 
~ kurangkan minuman berkafein
 
~ no ais2 ya! :-))

1) Ibu menyusu kena jaga  makan-tak boleh nak skip/diet2. Jgn risau gemuk, insya-Allah, ibu menyusu, badan maintain..;-)) saya lebih risau penghasilan susu daripada risau gemuk ;-))
 
2) Kena rajin pam.
 
3) Sentiasa berfikiran positif, jiwa mesti tenang, kalau jiwa kacau, kacau lah hasilnya. ;-)  sentisa  'bermain' dgn psikologi ... positif thinking!
 
4) Doa agar sentiasa diberi rezeki untunk anak2.
 
5) Amal ayat 60-surah al-baqarah

6) Sebagai sampingan-supplemement (  untuk kesihatan diri + membantu menambah susu badan .. insya-Allah dengan izin-Nya. Alhamdulillah, tiada keletihan, kurang mengantuk, bangun pagi-segar! Pinggang/badan tidak sakit2, insya-Allah, semuanya kerana kuasa Allah SWT, sentiasalah berdoa diberi kesihatan dan rezeki yang baik dan halal, Amin. Tapi perlu diingat, "Supplement alone CANNOT increase your milk supply. Supplement berfungsi untuk top- up kekurangan nutrisi di dalam tubuh yang menjadi PUNCA kenapa susu kita merudum" (petikan daripada Breastfeeding Heaven)

7) Jgn risau sekiranya hasil hari ini kurang drpd hasil semalam, dan sebaliknya. Kalau kurang, berusahalah ... bangun tengah malam atau apa saja cara ... nak seribu daya, tak nak seribu dalih ;-))
 
8)Jgn duk ckp, 'aku ni tak dok susu'. Please ... semua org Tuhan beri rezeki ini, cuma cara kita mengawalnya adalah penting ... setkan minda yang baik2, ok!
 
9) Jgn risau tgk susu orang lain lebih bnyk drpd kita ... rezeki masing2, mungkin hari ini dapat sikit, esok lusa dapat banyak....

Nota: Lahir anak pertama dulu, saya tak tahu apa2, Iman hanya disusukan 2 bulan dlm pantang sahaja. Tak mahu ulangi kegagalan yang lalu, dan atas kegagalan  yang lalu, saya bangkit! (ewah) Dan, Alhamdulillah, anak kedua, Wafiy - saya susukan sehingga dia berumur 4 tahun.

Insya-Allah, untuk anak kembar ni semoga terus diberi kekuatan keyakinan. Amin.
 
Jadual makan saya:
 
* Pagi - Sarapan milo+oat/dutch lady coklat+oat+kuih/roti/nasi lemak/nasi goreng/etc
 
* Pukul 10 - kalau pagi makan kuih, kul 10 saya akan mkn nasi, kalau pagi makan berat pukul 10 saya kunyah kuih/biskut.
 
* Tengah hari - nasi
 
* Petang (pukul 3/4) - bancuh ESP (Shaklee) 1 mug+kunyah roti.sekut/tak ,kisah apa2, janji ada kunyah2..;-))
 
* Malam - nasi
 
** Dari pagi -malam saya akan minum air putih/suam=4-5 liter!
 
~~ Usaha, doa dan tawakal, insya-Allah.... ~~

Friday, March 15, 2013

Hasrat Terlaksana (2012)

Benda yang saya nak sebelum ni, akhirnya tercapai. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Allah Taala,  Tq untuk suami kerana tolong tambah2 modalnya... Gigih tau kumpul duit utk dapatkan semua ni+duit bonus+suami yang top-up ;-)

1) Ini hasrat masa anak kedua lagi. Katanya, dpt ank ketiga nanti, nak tukar pam. Apabila disahkan kembar, lagilah meronta2 nak FS. Saya beli dgn littlecaliphheaven, harga promosi, RM 1550 full set ... dan dapat storage bottle brand littlecaliphheaven dgn harga diskaun. Masa tu saya pantang kat kampung, suami yang tolong belikan.
 


2) Stroler Maclaren. Pada mulanya kami nak beli stroler guna duit yang org bagi kat kembar. Tapi rasa syg pula nk guna duit kembar, so duit yang org bagi saya buka akaun tabung haji utk kembar. Saya dan suami sanggup kongsi duit bonus  beli Maclaren nih-apabila dilipat, muat utk bonet myvee yg kecik tu!. 

Beli time Year End Sale, diskaun 20%. Asalnya, nk beli  satu stroler single je, sbb Sweet Cherry Wafiy masih elok, jarang2 guna. Tapi bila pikir panjang, takkan nk tolak dua stroler, tak glemer la utk kembar ;-) kembar glemer, mak pun glemer sama kan! ^_^ Sekarang, Sweet Cherry yg ada tu tersadai ... masih elok/baru-kalau ada saper nak, saya jual dgn separuh harga. Mau? ;-)) 

3) Peti lama (satu pintu) tempat ais dah kurang  beku, kami putuskan beli deep freezer. Masa pantang di kampung, stok kembar mmng tk muat waima peti 2 pintu. Alang2, beli ajelah deep freezer (DF),  biarlah betul2 menjayakan misi breastfeeding! DF ini pun suami yang pergi survey n beli, masa tu saya pantang kat kg -  Elba-RM 600 di Senheng.
 


4) Car seat Sweet Cherry - bukan saja impian tapi memang keperluan utk kembar, kemudahan utk kami hantar dia ke rumah pengasuh.(sudah dapat stroler n car seat)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...