Monday, December 30, 2013

Iman & Wafiy Berbaju Merah

 Mari kita upload gambar kesukaan. Serius, saya suka gambar aksi Iman & Wafiy ni.




Ini masa kat kampung hari tu, rumah Ba.
 
 







Sesuka hati je buat aksi gila2, aksi nakal, gambar tegak macam mak dia  pegang pokok pun ada





 Sesedap rasa diaorang aje ;-))

Friday, December 27, 2013

Kelengkapan Sekolah Anak-anak

Dah nak buka sekolah ni ... dah settle ke barang2 anak sekolah? Kami belum lagi ... alat tulis, beg sekolah belum lagi beli (Orang tak Tanya pun, nak bagitau kan..hikhihk)
 
Alat tulis, beli Pustaka Rakyat, Wangsa Maju. Senang, situ semua ada, kebetulan suami buat kad Pustaka Rakyat, dapat la murah dua/tiga puluh sen..kihkihkh.... Part alat tulis serah aje kat suami

Beg sekolah, tahun2 lepas beli beg kartun2, kat Giant/Carrefour/Jusco. Biasa lah, tak sampai setahun, koyak tepi, zip rosak.
 
Tahun ni, papa dia cakap, Iman tak sesuai dah beg kartun, darjah dua. Okey katanya. Tapi tak tau lah, kalau bawak dia shopping beg, nampak aje yang dia suka, sah2 la kartun lagi! Iman tentunya dua beg-satu beg sekolah kebangsaan, satu beg sekolah agama.
 
Wafiy pula beg elok lagi. Tapi kalau abang dapat yang baru-tentunya 'jeles' mau yang baru juga. hihihihi.
 
Lepas ni cik kembar pun nak beg juga. Pitam mak ;-))
 
 
 
 
**Tadi survey beg sekolah kat Kenanga, banyak juga! Kartun, tak kartun, beg kelakar,  macam-macam ado! Jom, esok kita cari beg sekolah di Kenanga! ;-))

** Ribu riban jugak lah bajet untuk kelengkapan anak sekolah ni kan, kalau yang ramai anak, hemmm, garu kepala juga lah mak pak. Belum masuk yuran sekolah lagi. Erm, untuk kurangkan rasa beban tu, sama-samalah kita beringat-ingat, sediakan tabung khas untuk part kelengkapan+yuran sekolah anak-anak ni. So, apa lagi, marilah kita menabung dr sekarang untuk tahun yang satu lagi. 20 sen satu hari. Setuju? ;-))

 
 

Tuesday, December 24, 2013

Selamat Hari Lahir 35!

35 tahun yang lepas, saya dilahirkan.... 24 Disember

Selamat Hari Lahir yang ke-35! Ya, 35,  tak de rahsia antara kita ^__^

Moga diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang baik melimpah ruah ;-))

Apa?  Melimpah?  4 lelaki, kembar lagi tu, tak cukup lagi? Ampun.... ;-))

Menjadi muslimah sejati ... ewah.... Amin.

Bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan, masih bernafas di atas muka bumi ini, kesihatan baik, dengan keluarga yang harmoni.Terima kasih ya Allah...

Terima kasih Ma dan Ba, mendidik saya menjadi insan yang berguna.

Terima kasih suami, anak-anak, keluarga dan sahabat handai yang mendoakan kesejahteraan di hari yang penuh keberkatan ini. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya amin.

(macam ucapan terima anugerah pulok dih? Hihiihi....)
 
 
 
Sumber: dapurcomelku.blogspot - pinjam gambar kak .... teringin pulop kat pavlova ni! ;-))



Alhamdulillah, mood ceria di hari lahir- ado orang nak bagi hadioh hari jadi ko? Tak pe, kalau tak de, g beli untuk diri sendiri? ;-))

Sejak ado ank kembar ni, demo banyak tolong ambe, uruskan anak2 n rumah, ambe keno syukur tu ... tq ya awak! Itu kiro hadiah la eh? Mujur la ambe ni pandai pujuk hati sendiri.  Demo pun keno syukur ado isteri mcm ambe. Hahhah, koya! ;-))

Teater "Daniel dan Bawang Hitam"

20 dan 21 November 2013 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (DBP) telah mempersembahkan  Teater Kanak-kanak "Daniel dan Bawang Hitam"  di Auditorium DBP KL.
 
 
Memperkenalkan barisan pelakon, Adik Muhamad Iman Haziq bin Hanapi, sebagai Orang kecil 2! (orang kerdil). **(Sila baca dgn nada pengacara perkenalkan barisan pelakon lepas tamat persembahan, ya ;-))
 
 
 
Memperkenalkan barisan pelakon - Iman, 3 dari kiri, berbaju peach-tak nampak mata daaa ;-))
 
 
Dialog Iman,  "Bu, bu, bu, bunga di hutan pel, pel, bagai warna, ma, ma, ma, macam mana boleh ada di sana?" Hahhaha, watak orang kecil gagap! ;-)) Setiap kali saya usik dgn dialog ni, mesti malu2 Iman,  "dah la mama, teater dah habis laaa!! ^_^
 
 
 
 
Tergedik2 anak ambo berlakon, menebang pokok, kononnya, kihkihkih. Keluar 5 minit pun mak bangga gitewww, hahah, mak pulok hok lebih2 dih! Yang penting, Iman seronok, jumpa kawan-kawan baru dan dapat membina keyakinan dalam diri berhadapan dengan orang ramai.
 
 
Inilah hasilnya penat lelah diaorang n mak pak yang datang hantar anak berlatih setiap Sabtu dan Ahad, juga hari-hari lain masa cuti sekolah yang lalu.
 
 
Lagi seronok bila dapat sagu hati, kemewet suko Iman, Terima kasih semua!
 
 
 
Kat rumah dah ni, lupa mama nak amik gambar iman dgn kostum lengkap- teruja punya pasal! Misai pun dah hilang ;-))
 
 
Kali ini, DBP cuba mengetengahkan anak-anak staf DBP sebagai pelakon. Dan, kebanyakannya kali pertama melibatkan diri dalam lakonan teater. Alhamdulillah, mereka dapat memberi yang terbaik!
 
 
Ini teater kedua Iman selepas mini teater "Sahabat" http://dieyana78.blogspot.com/2013/06/cuti-sekolah-buat-apa.html
 
 
( Cik kembar keluar wad 20 hb, sempat tengok Iman berlakon pada 21 hb)
 
 
Tahun depan Iman nak berlakon lagi?? ;-))

Thursday, December 19, 2013

Tabung Jalan-jalan Katanya ;-))

Umur panjang, diberi kesihatan yang baik, ada rezeki, tahun depan kita g jalan jauh sikit! Jauh la sangattt! Hahahha.

Destinasi 1 atau 2 atau 3 atau 4? ^__^

Agak-agak cukup, bulan 12 tahun depan , kita p la ... kikihkihk..insya-Allah..usaha tangga kejayaan! ;-))




Sumber: Google


Jangan cakap banyak, laki bini sila menabung sekarang! ^__^

Moga Cemerlang Dunia Akhirat.

Throwback! Iman n Wafiy
 
 
16 November 2013 , Hotel Putra Kuala Lumpur.
 
Grand Ihtifal & Year End Concert Little Caliphs Sentul
 
 
 
Steady bos! ;-))
 
 
Sepatutnya, saya dan Iman yang hadir dalam majlis ni, tapi sebab masa ni saya jaga cik kembar dalam wad, suami dan Iman yang hadir bg sokongan untuk Wafiy.
 
Moga Muhammad Adam Wafiy bin Hanapi terus cemerlang dunia akhirat, amin.
 
Best student 2013 katanya (kelas 5 Tulip).... Tak sangka mak pak tau! ;-))
 
 
Concert - "Wafiy jadi gapo ni, Fiy?" ;-))
 
 
Iman pun naik pentas - tempat ketiga Sekolah Agama (petang). Sekolah Kebangsaan pun tempat ketiga! ;-))
 
Dua-dua sekolah, suami juga yang pergi - bagi sokongan. Sengih2 kemewet Iman naik pentas, kata papanya ;-))

Moga Muhammad Iman Haziq bin Hanapi cemerlang dunia akhirat, amin.
 
 
 
 

Wednesday, December 11, 2013

Random Photo : Anak-anak

Sejak bila pandai random-random ni?
 
Sejak penuh gambar anak-anak dalam pen drive ni-entri tertunda, segala bagai. Kita kumpul aje mereka dlm satu entri. Layan.... ;-))
 
 


Cik kembar mood baik-makan Pizza Hut di Sentul Boulevard.




Jangan marah cik kembar. Ini mama punya kerja la ni. Mama puah duk sajo ;-)) (Rupa cik kembar baru lepas keluar wad)




Cuti 1 Muharam - Suami, Iman, Wafiy  layan Movie 'Thor' di Wangsa Walk. Mama dan cik kembar berlegar2 kat luar panggung. Nak cari makan, cik kembar perangai/nak tidur. Lastnya, mama n cik kembar lepak surau ;-)) Iman n Wafiy dapat jam satu sorang. Ekceli, nak beli untuk Iman yang dah lama mintak jam, harus lah beli untuk Wafiy jugak. Phew phew peluh ketiak papa



 
 Ini lah kekdah cik kembar Ghufran (adik), suka menempel kat mana2 yang sesuai. ;-))
 
 
 
** Best jugak kumpul dalam satu entri eh! ;-))
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...