Friday, May 9, 2014

Bojeng Baru Cik Kembar Umar

Memang dari kecik  suami saya yang botakkan rambut anak-anak, guna mesin rambut (Wafiy seorang je jarang2 potong, sebab rambutnya halus dan kemerah-merahan, sayang nak potong, potong tepi bagi kemas je.
 
Masa anak-anak masih baby, saya yang tolong riba, seriau je tgk mesin kat kepala budak kecik!
 
Memang kena cepat, kalau lambat2, diaorang rasa gatal2 rambut tu, mula lah tak duk diam. hihihi
 
Umar Ghufran (adik) Sebelum
 
Kali ni, diaorang dibotakkan di kedai ;-)) Naik motor dengan papa gilir-gilir, kedai seberang jalan je... ;-))
 
 
Selepas
 
 
 
Pertama kali botakkan rambut cik kembar kat kedai, pandai pulok diaorang diam atas kerusi. Cuma Umar Ghufran je, bila nak dekat2 abis tu, dia tengok je kat suami saya ... mulut dah cebek2....
 
 
 
Borak sesama dia ;-))
 
 
Kalau puji "good la adik ni",  dr cebik2 terus senyum simpul, suka dipuji;-))
 
 
 
 
 
 

Abang Iman pun kasi botak juga. ;-))
Masam je abang? ;-))
       
 
 
 
Umar Ghazi (abang) berlesung pipit                                    
 
 

Wednesday, May 7, 2014

Surprise di Hari Jadi ;-))

6 Mei 2014
 
Selamat hari lahir untuk suami saya, Hanapi bin Mat Zin! Hikhikhihk..poyo je....;-))
 
Okey2, serius! Moga awak sentiasa di bawah lindungan Allah Taala. Panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat sokmo deh! Amin.
 

Saya tak de apa2 nak bagi kat awak.  Saya tau awk sangat cerewet dan saya bukannya bnyk duit nak beli hadiah hari jadi untuk awak..ahhaha. Apa2 pun, besday awak kali ni, saya nak juga beli sesuatu, surprise kononnya, harap awk suka, kalau awk tak suka, bagi kat saya ;-)) Anggap lah hadiah yang tak seberapa ni sebagai tanda terima kasih saya kepada awak, ya!
 
Bangun pagi2 buta saya letak hadiah atas meja makan, dengan harapan awk bangun dr tidur.."wow, hadiah! TQ2" Tapi hampeh, awak bangun, tengok benda ni atas meja, awk do no aje, lepas tu sambung tidur atas sofa, hahahah adoi suami ambo ni! Kalau ya pun tak surprise, berlakon la sikit, jaga hati isteri ni, hihih, poyo kan saya? ;-))
 
 
Lepas sy cakap gitu, dan2 tu jugak dia buat2 terkejut, demi menjaga hati isteri, cis buat lawak pulok suami isteri pagi2 buta ^__^
 

Tuesday, April 22, 2014

Raikan Besday Boy di Bayu Beach Resort

Bayu Beach Resort, Port Dickson, 19 dan 20 April 2014
 
 
 
Bilik tidur utama
 
 
 
Bilik tidur kedua
 
 
Tak banyak gambar, petang tu kami ke pantai "nak main pantai," kata besday boy. Mama duk tepi2 tunggu air datang kat kaki je! Sungguh, saya memang takut dgn ombak, haisy seriau  tau! Memang saya tak teruja dgn pantai, tambah lagi kalau ada anak2. ;-)) Pergi pantai, hirup angin pantai, jalan2 makan cucuk2 bebola ke sotong bla bla, memang syok, tapi mandi pantai, tak mau, tak mau, takut! ;-))
 
 
 
Ini kali kedua saya bawa anak2 ke pantai, sehinggakan, Iman: "mama, air pantai masin eh?" 9 tahun baru kenal pantai, masin! ;-)) Kalau ke resort mana2 pun, saya memang sengaja tak bawa anak2 ke pantai  ;-))
 
Anak2 pun tak ajak nak g pantai, dan tak kenal pun pantai!  Bila dah sekali ke pantai (masa family day baru2 ini), datang bayu beach kali ni, dah pandai ngajak, "jom mama g pantai!"
 
Wafiy pula, macam mama, takut air pantai, kami main pasir kat tepi2 aje ;-))
 
Tak sampai 20 minit di pantai, mama cuak,  Mama: "jom kita g mandi kolam!" Hahah!  Dasar takut ombak! 'Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai', sesuai sangat pepatah tu dengan ambo ^__^
 
 
 
Cik kembar lepas mandi kolam, kali pertama cik kembar mandi kolam ;-))
 
 
 
Malam kami keluar makan

Pagi ahad pula papa sekali lagi bawa Iman n Wafiy ke kolam, mama n cik kembar bermalas2 malasan kat bilik ;-))

 
Sungguh, mama tak tau nak beli hadiah apa untuk Iman.  Minggu lepas dah belikan ensiklopedia bergambar-Dinasour, dia yang nak sangat2, kira itu hadiah hari jadi lah Iman. Mujur la jenis tak banyak kerenah. Dah bawa g jalan2 tu kira hadiah la kan! Yo smile! ;-))



Mama, besday boy n Wafiy ;-))

Mufin di Hari Lahir ;-))

Projek mufin kukus, kononnya.  Alhamdulillah, dapat dalam 40 cawan kertas comel2. Seronok, saya tambah lagi satu adunan! Iman (besday boy) bawa untuk dijamu kawan-kawan sekelas sekolah agama. Untuk cikgu kelas n cikgu mengaji, saya pek dalam plastik cerah bunga.


Tak de loyang mufin, saya guna bekas plastik putih. Kalau tak letak dalam bekas, cawan kertas tu akan jadi kembang kan? Saya agak lah, yang terer masak mufin mungkin boleh tolong jawab..;-))  Api besar, kukus dlm 10-15 minit je.





Boleh dipanggil mufin ke tidak ni? Jadi pecah/kembang gitu,  lembut, kiranya menjadi la kan? hihihi. Mungkin boleh dibuat penambahbaikan lagi dan ejas tambah coklat cip segala bagai;-)) Dulu pernah buat versi bakar, tapi tak kembang, mendatar aje ;-))




Goodies simple ni pula Iman bawa untuk kawan-kawan sekelas sekolah kebangsaan (pagi). Kawan2 sekolah kebangsaan tak de mufin, sebab saya buat muffin tu pagi Jumaat. Tengah hari sedang elok mufin siap, boleh bawa untuk sekolah agama (petang). Saja, suka-suka untuk kanak-kanak.
 
 
Anak-anak suka, mama pun rasa seronok!
 
 
** Jumaat lepas saya  cuti, dah lama rancang cuti ni, cik kembar saya  hantar taska, bolehlah kemas rumah dan projek mufin hari jadi ni.  Petang, saya dan Wafiy ke Sogo pula ;-)) Uols pernah ke ambik cuti semata2 untuk kemas rumah / merehatkan diri / jalan2 cari ketenangan?? Biasanya mak-mak cuti sebab anak2 demam, memang tak boleh nak elak. Apa salahnya, sesekali ambik cuti untuk diri sendiri ;-)) Syok tau! Jalan2 cuci mata, sambil survey hadiah hari jadi ;-))


Monday, April 21, 2014

Ulang Tahun Kelahiran yang ke 8: Iman

18 April 2014, Jumaat
 
Selamat Hari Lahir yang ke-8 Muhammad Iman Haziq bin Hanapi!
 
Panjang umur, diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan di akhirat, sentiasa di bawah lindungan Allah Taala. Amin.
 
Salam kasih sayang untuk Iman daripada Papa, Mama, Wafiy, Ghufran, Ghazi ;-))
 
 
 
Cepat betul masa berlalu, hidung pun semakin kembang! ;-)) 
Eksyen je tu lilin, sebab nak no 8 tu ;-))
 
*Susah sekarang nak bergambar anak bujang ni, tengok mood dia jugak!;-))

Tuesday, April 8, 2014

Instagram Shawl Datin Ida ;-))

Pembetulan: Instagram Datin Ida RSMY  @shawlbyameerafatehah
 
 
 
Hehehhe, sori atas keralatan ini ;-))
 
Tq kak! ;-))

Selamat Hari Lahir, Ma!

Tuan tanah dah interprem, ini mok-ayoh tuan tanah pulok! Hahaha, jgn maroh deh,  satu famili dia nak interprem, lepas tu interprem suami, anak2, adik beradik dia pulok! ;-))
 
Hari ni, 8 April 2014 hari lahir Ma saya yang ke-60! Dah masuk kumpulan warga emas, katanya. Aik, seronok ya, dah 60, ma? Seronok sebab bila nak beli tiket keretapi datang KL, jenguk anak cucu, dapat harga murah tau! Harga tiket kelas bilik tidur-dari RM54, dapat RM28 untuk warga emas=60 tahun.(Tak silap saya lebih kurang gitulah harganya)
 
Pagi tadi call ma, "selamat hari lahir, ma!"
 
"Hari lahir sapo?" tanya ma
 
"Hari lahir/hari jadi ma la..." Sendiri lupa tarikh lahir.
 
Ahhah, ma saya memang lawak.
 
Apa2 pun, moga ma saya diberi umur yang panjang, kesihatan yang baik buleh mari KL sokmo, murah rezeki, diberi kesejahteraan dunia akhirat. Amin

 
Ma dan Ba di kenduri kahwin anak sepupu di Shah Alam 2 minggu lepas... Cuti sekolah bulan 5 insya-Allah kami pula balik kampung. ;-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...