Monday, October 13, 2014

Selamat Hari Lahir Cik Kembar!

11 Oktober 2014- Muhammad Umar Ghazi dan Muhammad Umar Ghufran bin Hanapi.
Si kecik molek sudah dua tahun! ;-))
 
Umar Ghazi, bersandal pink, Umar Ghufran bersandal biru ^__^


Masih jelas di ingatan, saat melahirkan cik kembar, detik2 cemas mama 'tumpah darah' di opis-36 minggu! Hahhaha, kecoh satu bangunan, staf tingkat 25 (ambo la tu)  nak bersalin-ditolak wheel chair. Kelam kabut kawan-kawan satu bahagian ^__^

Si Abang-Umar Ghazi (duduk)-yang agak culas! ^__^


Dan, Umar Ghazi, 9 hari di ICU. Tempoh berpantang yang sangat2 mencabar, dugaan menyusu cik kembar. Masih segar di ingatan! Anugerah terindah daripada Dia untuk hamba-Nya. Terima kasih Ya Allah! Melahirkan cik kembar juga menjadikan hubungan kami suami isteri, keluarga makin erat. Syukur Ya Allah atas rezeki untuk kami sekeluarga.
 

Umar Ghazi yang suka 'membuli' adik-Umar Ghufran.;-)) Tapi sangat sayang akan kembarnya, buat sesuatu, mesti berdua ... tak pernah lupa kat adik! ^__^



Moga kedua-duanya sihat sentiasa, panjang umur, sentiasa di bawah Lindungan-Nya, jadi anak-anak yang soleh...;-))
Selamat Hari Lahir ... kami sayang cik kembar!
 

Almari Baju di Tesco

Dah lama nak cari almari yang murah comel. Tak cukup tempat dah nak letak baju anak-anak.
 
Kebetulan tengok dalam 'FB Kami Suka Susun Atur', ada kakak tu beli almari kat Tesco. Minggu lepas, cuti kedua Aidiladha, terjah Tesco Selayang Extra. Jarang2 sangat kami ke Tesco ni. Ke sana tujuannya nak survey almari baju tu lah! Dahh kenyang srpn nasi berlauk di rumah, berdesup ke Tesco, org pun tk ramai sgt! Syok berjalan orang tak ramai.
 
minum2 di food court, iman dan wafiykat belakang tu, tengah tunggu apa ke anma ntah, crispy' cik kembar sorang lagi syok tidur dalam stroller ;-))
 
 

 Bila tengok harganya RM 78, dari harga asal RM 139, rasanya okey lah tu. Terus rembat dua, tak de la yang berkecil hati ... satu untuk abang iman, satu untuk abang wafiy. Baju kembar yang dari lepas lahir duk dlm storage box (hahah, dahsyat kan! ^__^), saya pindah ke rak bertingkat2 tertutup tu..




Bila masing2 dah ada almari baju, rasa lega sangat. Sebelum  ni, sangat lah serabut bila tengok baju2 tak cukup tempat sehingga tumpang ats katil iman!
 


Petang tu, kami anak-beranak gigih pasang almari. Alang-alang, terus kemas bilik diaorang. Pilih baju2 tak terpakai/lama, simpan dalam storage box. Alih katil, tukar kedudukan sikit, buang kertas2 tak terpakai (sampah sarap). Ha! Rasa lega yang amat, tersusun, kemas, teratur, lapang!
 
Sesiapa yang teringin almari mcm ni, bolehlah terjah Tesco selagi stok masih ada. Ada 3 warna, biru, hijau dan margenta. ;-))
 


Janjinya ahri tu, " Iman dah besar, mainan dah tak eprlu sangat, tapi entah kenapa, tetiba mu langgar janji, mau lego, nasib baik bertolak ansur, " Wafiy boleh share dgn abang" ;-))
 
 
 

Wednesday, October 8, 2014

Pulut Kuning - Rendang Daging

Semalam yang tak sabar ^__^
Dah lama teringin nk masak rendang, agaknya dari tahun lepas kot! ;-)) Daging korban ada ni, kita cuba buat sikit, tak jadi kan nangis pulok! ;-)) Tak sangka, buat rendang ni senang je ya! (tersipu-sipu malu, umur dah nak 40, tak reti masak rendang). Yang tak suka bila dapur sedikit kecah la, ai memang serabut tengok dapur kecah2 ni..;-)).  Tengah-tengah malam kemas dapur, cik kembar okey pulok mood nya, so, tak de la kacau saya yang memang gigih nak try msk rendang, tk nyempat tunggu hari cuti ;-))

Sebenarnya saya kombain dari dua resepi ni... jgn marah tuan resepi, gatal2 tangan nk kombain resepi..;-)) Walau apa pun, tqvm yang empunya resepi ni ya ;-))
http://dapurpinchesska.blogspot.com/2011/03/rendang-ayam-mudah.html
dan
Saya hanya perturunkan resepi pulut, resepi rendang boleh google dua resepi di atas atau resepi2 lain. Banyak resepi rendang ni, mcm2 versi...pening ai tau ank ikut yang mana, bila dah tak tau nak ikut mana, saya kombain dua resepi tu ;-)) Ada resepi yg tk de lengkuas, saya bubuh lengkuas, ada yang bubuh kerisik, tapi saya tak bubuh.. ;-))
Walau apa pun saya suka rendang yang terhasil ini, lembap(tidak kering). Cuma saya terlebih minyak, perlu perbaiki lagi;-))
Tqvm juga tuan punya resepi pulut kuning!
Pulut Kuning Kukus


Bahan bahan

500 g beras pulut

1 keping asam keping asam keping

1 s/b kunyit serbuk

1 inci kunyit hidup (tumbuh dan tapis air)

1 cawan santan pekat (boleh tambah)

1/2 s/b gula

1 s/k garam

Pewarna (ikut warna disukai)-**saya tak bubuh

Sedikit minyak masak (jika guna santan kotak) **saya lupa letak ;-))
Cara cara

-Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 -2 jam.
 -Panaskan pengukus. Tos beras pulut.  Masukkan ke dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan (**saya guna daun pandan).    Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
 Pengukus ai yang kecik molek, sedang elok untuk 500g beras pulut (Sebelum letak santan)
-
Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan 
-Kukuskan lagi sekali sehingga naik wap.  Bila telah naik wap, tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Masukkan gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar.
Ha, tengok2 pulut ai yang kuning kunyit tanpa pewarna, Jangan terpedaya dengan warna dalam gambar! Kahkahkah!


-Bolehlah tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk). Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging atau telur dadar.
Cik kembar rupanya suka sangat makan pulut, kita boleh buat lagi ;-)) Jangan buat kali kedua, tak jadi pulok! ^__^


Nota Dieyana:
i) Orang Kelantan mkn pulut kuning dgn telur dadar yang dihiris atau cicah dgn gula je... ;-))
ii) Saya suka resepi pulut ni, ..memang menjadi, dan rupanya, mudah buat pulut kuning ni, cuma komen suami saya, kasi lama sikit pulut tu, barulah pulut tu nampak berderai2, maksudnya tak melekat kot! ^__^
iii) Kalau ma saya tengok dan rasa pulut n rendang saya ni, tak tau la berapa bintang je yang dapat ^__^
iv) Bila semangat nak masak tu datang menggebu2, tak boleh tangguh2, kalau tangguh, sah2 tak buat lagi! ;-))

v) Bangga akhirnya dapat masak rendang, lepas tu publish kat blog! Kahkahkah! Weih, orang lain umur 10 tahun dah pandai mask rendang tau! ^__^

Aidiladha 2014 Seadanya ;-))

Seawal pagi anak-anak dah bangun, mandi sunat aidiladha, jamah sedikit juadah. Suami, Iman dan Wafiy, jalan kaki dari blok a ke c, menunaikan solat hari raya.

Tahun ni, kami beraya di sentul sahaja ... tak balik pasir mas....



Cik kembar je lah yang sanggup jadi model skrg ni, bila mama cakap, jom bergambar, ha, terus posing peace! kikhihki..anak2 lain...tak nak, mama pun tengok mood nak berselfie..khihkhik..ada shawl baru baru mak ada mood nak berselfie..ahaks!
 
 
 
 
Juadah raya yang sederhana ..alhamdulillah.. rebus nasik impit raya posa lepas (dapat free), serunding daging tu pun raya posa lepas juga, masih elok (itu pun free jugak) hahah! Mama memang tak pandai nak sedia juadah raya, ini je lah yang mampu, mujur ada yang free2 ni, nak. ^__^
 
 

Suami tengah 'pujuk' lembu ... papa nak tunjuk skill tu..kihkhk..gurau je awak.. ;-))




Alhamdulillah trahun ni kami korban 2 bahagian (lembu) (akikah untuk cik kembar)-ini sedikit dibawa balik rumah, bahagi kat jiran-jiran sebelah yang tak balik kampung. Yang lain-lain, suami dan ajk surau kondo tempat kami tinggal tu urus pembahagian, dan ada acara masak-masak dan makan untuk penghuni kediaman kami. Alhamdulillah, walaupun tak balik kampung, terasa juga kemeriahan aidiladha.



Kata wafiy, cepat la mama goreng, wafiy nak makan lembu..;-)) Dahsyat mu nak, makan lembu. ;-))Tengah hari, goreng daging, letak bawang2, letak kicap, mkn nasik panas2...bertambah2 anak2 ^__^


Malam pula, kami 3 beradik (kakak dan adik lelaki makan malam di rumah saya, masak lauk2 simple..ulam - cicah budu..;-))..semua tak balik kampung...;
 
Tetiba teringat perut lembu cicah air asam. Kat kampung, perut lembu ni memang kesukaan ramai! ;-))
 
 
 
 

Friday, September 26, 2014

Throwback: Anak anak dan Ramadan

Betul-betul punya 'Throwback' ni ha! hahahah. Cerita Ramadan lepas, kita undur sikit, hhiihih, jangan marah ya!
Alhamdulillah tahun ni anak-anak, Iman n Wafiy, masing-masing  dapat berpuasa 15 hari. Tahun ni tahun pertama Wafiy berpuasa. Sungguh, tak sangka dengan badan kecik dia tu, tak pernah berpuasa, tiba2 je cakap, "Wafiy nak puasa, mama."
Iman: Hari pertama Ramadan, demam, tak dapat la berpuasa
Ada satu kali tu, tak sahur, tetap nak puasa juga. Kebetulan kami suami isteri tak tersedar sahur, nangis-nangis cakap, kenapa tak kejut Wafiy sahur.  Memang kuat semangat anak saya yang no 2 ni. Nampak je lembut, kecik, tapi jiwa dia mmng sgt keras (macam mama kot? ;-)) Beza dengan abangnya, Iman, agak lembik dan mudah 'tergoda', nasik kicap cik kembar pun boleh tergoda, hihihi. Ala, kita yang dewasa mudah 'tergoda', apatah lagi anak-anak kecil kan? Walau apa pun, mama bangga Iman n Wafiy dapat berpuasa 15 hari....
Menunggu waktu berbuka ;-))
Dari sekolah, atas motor (dengan papa) sambil menunggu hujan reda, 'jelepek' kepenatan
Bila berbuka, semua pakat request nak makan itu ini ... seronoknya, dan kenikmatan berpuasa tu jelas terpancar di wajah anak-anak kecil... Dan lagi yang penting, Ramadan ni mengajar diaorang berdisiplin dalam solat. Solat mesti no 1 tau anak-anak!


 Menunggu berbuka ... macam2 nak makan, layannn kan aje..hihi...



Nikmatnya dapat berbuka puasa ;-))
Request Wafiy, nak makan burger king ... tak nak hampakan anak kecil yang berpuasa dan supaya mereka lebih bersemangat untuk berpuasa, mama n papa ikut sajer. Kebetulan pergi cari baju raya anak-anak, singgah drive thru burger king Wangsa Maju. Berbuka dlm kereta je, bila tengok-anak-anak seronok, kita pun seronok kan! Lps tu terus ke masjid Wangsa Maju....
Sebagai ganjaran/hadiah semangat untuk mereka berdua, masing-masing dapat hadiah duit raya dari mama dan papa....;-))

Bai...

Friday, September 19, 2014

Teater Kanak-kanak: 'Laba Sang Bijaksana'

Jom ramai-ramai malam ini, bawa anak cucu menonton Teater Bangsawan Kanak-kanak 'Laba Sang Bijaksana', pukul 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Masuk percuma!
 
 
 
 
Iman berlakon, ala.. watak kecik je.. macam tahun lepas juga.. (http://dieyana78.blogspot.com/2013/12/teater-daniel-dan-bawang-hitam.html ) tapi okey la...untuk suka-suka..isi masa lapang cuti sekolah...ihihihi..kasi dia 'bersosial' skit.. jangan terlebih bersosial sudahhh....;-)) jangan tau mengadap game aje! ;-))
 
 
Iman-watak orang asli katanya ^__^
 
 
Maaf, baru nak update hari ni, persembahan dah berlangsung semalam, pukul 3,.00 petang, dan pementasan untuk hari ni, hari kedua, hari terakhir, pukul 8.00 malam ni tau! Malam ini masih ada peluang, jom jom, jom ramai-ramai!

Friday, September 12, 2014

Jom, 'Klik Web DBP'!

Assalamualaikum.... salam jumaat untuk semua.
 
Semakin hari semakin jauh Dieyana78??
 Hihihiih..apa -apa pun, Dieyana tak lupa berkunjung rumah kawan-kawan.... cuma, rumah sendiri je tak sempat nak update
 
Apabila dipertanggungjawab mengendalikan blog rasmi ni, tumpuan dan fokus haruslah pada yang ini. Banyak perkara yang perlu dipelajari...yang ni guna wordpress, ai sangat lah terkial-kial guna word press ni tau ... dan banyak benda teknikal nak kena pelajari. Alhamdulillah, rakan-rakan editor dan pegawai sistem  di sini membantu.
 
Nak tahu maklumat/aktiviti DBP, bolehlah berkunjung ke Klik Web DBP ni tau! Nak menyumbangkan idea, menulis pun boleh....
 
Terima kasih! ;-))
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...