Friday, March 6, 2015

Cik Kembar dalam Buku Teks Sekolah ;-))

Cik kembar dalam buku teks Pendidikan Islam Darjah Lima (DBP). ;-)). Editor Bahagian Buku Teks tahu saya ada anak kembar, terus dia wasup mintak gambar cik kembar. Saya, okey je, tolong kawan-kawan, kan!

 
Umar Ghazi dan Umar Ghufran baju merah-kelabu, kembar seiras, katanya. Check it out! ^__^
 
Okey, tu je nak update hari ni! ;-))
 
 

Tuesday, March 3, 2015

Pergi Legoland Menginap di Mana?

Tak habis-habis lagi cerita LEGOLAND?
Ini bukan cerita LEGOLAND, tp nak kongsi kat mana kami menginap masa pergi LEGOLAND hari tu.
Yang kerja kerajaan/badan berkanun, boleh try apply di sini.
Tapi, kena booking awal, kami hari tu, booking dah lambat, tapi Alhamdulillah, ada rezeki satu unit utk kami.

Satu malam- RM 70, so, dua malam kami hanya membayar RM 140 sahaja.
Tapi tak de kolam renang lah, hanya apartment.



Bilik 3, ruang tamu besar,  selesa!
 
 
 
Nama tempat  kami menginap ni, KKKA KIK Tanjung Kupang, Johor (Rumah Transit). Masuk pekan Gelang Patah, dari pekan, lebih kurang dalam 10 minit, sampai ke rumah transit ni. Dari rumah transit ke legoland lebih kurang 20-25 minit sahaja.
 


Tapi, sebab kami yang tk pernah smpi Johor, berpusing2 jugalah cari rumah transit ni. Guna waze, dibawanya kami masuk hutan mana ntah. Hampeh pok cik waze ni!  Waze pulok yang dipersalahkan ;-))
 


Selain Johor, cameron highland, fraser hill, langkawi, port dickson dan bnyk lagi ada rumah peranginan persekutuan/rumah penginapan persekutuan/rumah transit ni. Cuma unit nya tak banyak, kena booking awal. Kat London pun ada uols! Ha, saper nak g London tu, bleh booking awal!





Friday, February 27, 2015

Hadiah Hari Jadi ... Surprise!

Assalamualaikum semua.
 
Rasa macam rindu sangat, eh tak de orang rindu saya? Syok sendiri lah ni ya? ;-))
 
Tak pe, saya okey je ... tetap juga mengupdate, walaupun agak sibuk dan orang tak kisah pun dengan saya ... ewah!
 
Ya, ya, memang entri tu bersambung, al kisah beli handbag coach/MK, katanya. Tak mahu cerita2 panjang, straight to the point!
 
Alhamdulillah, dapat surprise hadiah hari jadi ... terima kasih Mr. Hanapi. Oh, sangatlah teruja, dan terharu giteww....
 
Ini antara hadiah hari jadi yang paling mahal saya terima. Kasih sayang, lagi mahal, eh, tentulah! Mana boleh kasih sayang disamakan dengan handbag, jauhhhhhhhh sekali! Tapi dengan adanya hadiah hari jadi ni ... kasih sayang makin erat giteww, hahah! Malu2 ai tau....
 
Tak harap pun dia beli handbag ni untuk saya, sebab saya dah bajet kumpul duit sendiri nak beli, tup tup dia bagi, ha, ambik je lah kan! Sungguh tak sangka, suami bagi handbag di hari jadi! ;-))
 
Sengih sampai telinga tau!! Kalau boleh terbang, dah lama terbang macam belon ^__^
 
Pergi JPO 22 hb, hari jadi 24 hb, hadiah awal dua hari. Terima kasih awak! Dari outlet Coach ke parking kereta, tersengih-sengih senyum, sambil cuit-cuit bahu suami, "terima kasih awak, terima kasih," dalam kereta perjalanan dr Johor ke KL, tak habis senyumnya. hahha! ;-)) Apa?! Tidur pun dengan handbag baru? Eh mana ada, mana ada! Hahha over!!
 
Alhamdulillah, akhirnya, tercapai juga impian nak pakai handbag Coach, katanya! ;-))


 

Ada macam ganjil kan. Warna kasut tak sama dgn warna beg, erm.... kena cari kasut baru itam ke....
Kasut raya tahun lepas lagi ni, alasan nak beli baru. Okey, dah tk de free-free ... nak, beli sendiri! ^__^
 
 

Friday, February 13, 2015

Perginya Tak Kembali - TGNA

Kehilangannya amat dirasai - JUMAAT, 12/2/2015! :-((
 
Al-Fatihah - Tuan Guru Nik Aziz
 

Wednesday, February 11, 2015

"Kita Jumpa Beberapa Tahun Lagi"-DSAI

PUTRAJAYA: "Kita jumpa beberapa tahun lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mahkamah memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
 
Suasana penuh emosi memenuhi bilik mahkamah apabila panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari.
 
Sambil melambai ke arah penyokongnya di galeri umum dalam ruang mahkamah itu Anwar memeluk ahli keluarganya yang kesemuanya menangis berikutan keputusan itu.
 
Pemimpin pembangkang itu kemudiannya memandang ke arah cucunya dan berkata: "Ingat ya, kamu perlu pergi ke sekolah."

Dia juga cuba menenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah.
 
Bapa mertuanya, Wan Ismail Wan Mahmood juga kelihatan tidak dapat menahan air matanya.

**Petikan The Star (Bahasa Malaysia)-10/2/2015


Entri ini bukan fasal politik, bukan kerana beliau DSAI, tapi atas dasar simpati sesama manusia. Tak mahu komen apa, cukup sekadar petikan itu, cukup sekadar melihat berita semalam, hati saya sangat sebak, sungguh!

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya Allah Taala Maha Mengetahui semuanya. Allahuakbar!

 

Friday, February 6, 2015

Pergi Johor Premium Outlet (JPO)

Balik dari LEGOLAND, masing-masing kepenatan, sebelum sampai bilik penginapan, kami dah tapau makan malam, dah tak larat nak keluar. Baru satu hari, semua dah melepek. Memang dah tau, kalau keluar, dgn badan letih, anak2 sah meragam, baik kita rehat je kat bilik. Kita kumpul tenaga, esok nak ke JPO ;-))

Isnin, 22/12/2014
 
Bajet nak survey handbag Coach/Michael Kors. Kalau ada yang berkenan dan dalam kawalan bajet ambo, bolehlah pejam mata beli sebutir! ;-)) Gigih mak kumpul duit nak beli handbag tau! ;-))
 
Mari kita feeling shopping kat JPO! Hahahah ... shopping la sangat, eksen!
 

 
Cik kembar tidur, senang la mama nak pusing-pusing2 ;-))
 
 
Pusing-pusing, aduhai, boleh tahan harganya. Duk main pusing tempat sama je! Tetiba jumpa hok berkenan, tgk harga, ermm... Pusing lagi sampai pening! Ok, fine, tk de, dah boleh berambus!
 
Tak pe, releks, tarik nafas, jgn putus asa, kita tgk MK pulok. Jumpa yang berkenan, harga pun masih dalam kawalan bajet, warna yang sy nak pulok tk de! :-((  Suami tk heran pun ai yang sedang kecewa nih! Dia n anak2 tk masuk pun, duk luar je.

Tak pe lah, kita g mkn (food court kot?), lps mkn, kita try tengok lagi, khikhihk! Masih tk puas hati tu. Kali ni, kita ajak suami masuk sekali, kot2 dia ada pendapat pendapatan ^__^ 
 
 
 
Tegak!  Sama tegak dengan pokok kat sebelah tu ^__^
 
Lupa nak snap gambar bangunan yang ada tulis Johor Premium Outlet. Suka dengan dinding bangunan batu bata tu, nampak klasik! Eh tetiba!  ^__^
 
 
 
 Muka nampak senyum, tapi hati tak keruan ;-))
 
 
Lupakan sekejap psl handbag tu ... jeng jeng jeng!
 
Entri bersambung kah? ^__^

 

Ke Legoland Kita!

Cerita cuti sekolah hujung tahun lepas. Gambar  dlm kamera gedabak, tak de masa malas nak transfer, faktor lambat update ^__^

Teringin bawa anak-anak ke LEGOLAND, katanya ;-))  Harga tiket boleh tahan mahal, fikir punya fikir, setelah didarab, bahagi, tolak, tambah, jomlah kita ke LEGOLAND! Nanti mama boleh singgah JPO, cuci mata huahuahahah!

 21/12/2014

Jumlah harga tiket kami berempat (2 adult, 2 children) - RM 504 - One Day Combo:Theme Park and Water Park. Beli online, cepat dan mudah!

Bayaran tiket Cik Kembar hanya di Water Park iaitu  RM 10 setiap orang, diberi 2 pampers setiap orang, so cik kembar dpt 4 keping pampers.

9.45 pagi smpi LEGOLAND. Pestaim, tercangak2 lah juga, biasalah, orang lain pun lebih kurang tercangak2 macam kita juga, hihih, nak juga samakan orang dgn kita! ;-)) Bila tengok barisan beratur di tempat beli tiket (mak oi, panjangnya!), saya pun ikut beratur, dengan harapan, boleh tanya budak yang beratur depan kita. "Dik, akak ni dh ada tiket, beli online, kena beratur sini juga ke?" "Rasanya tak pyh kak, kak g je depan tu, kaunter ekspress (tk silap saya)." Terus saya ke kaunter ekspress, pekerja kaunter cap tiket/kertas yg kita print tu. Alhamdulillah, tak perlu beratur panjang :-))

Kemudian, terus ke tempat masuk, di sini pekerjanya akan scan tiket. Kata pekerjanya, "sy suggest akak pegi water park dulu, sbb cuaca tak menentu skrg ni kak, ptg2 hujan. Kalau hujan, kita tutup water park." Ermm, kalau macam tu,  jom kita, ke water park!

Layan je lah gmbr kami yang seadanya ;-))

Pintu masuk water park


Awal-awal masuk, cik kembar dengan mama main tepi-tepian je ;-))
 
Gambar kat water park tak banyak, tapi, serius, memang best, anak-anak pun suka, cuma saya je takut2/seriau bila tengok air ;-))
 
Mungkin anak-anak keletihan main air kat water park, bila masuk ke theme park, kurang terujaannya. ermmm....

Apa-apa pun, jom, masuk ke Theme Park pula!
 




Belum apa2 lagi, cik kembar dah melentuk,  penat main air ^__^



Kata Wafiy, "nanti kita datang lagi, mama, kita duduk kat situ, cantik!" Hotel LEGOLAND noks! Hahah, semput mak, nak, "kita kumpul duit dulu ya!" ^__^



Playtown
 

Banyak permainan Wafiy tk dpt main, badan tk cukup tinggi , banyak jadi model je lah ya Fiy! ^__^


 

 

 



Iman pula, bila pergi satu2 tempat, belum lagi main dah cakap bosan. Sebenarnya dia dah tak sabar2 nak ke tempat 'driving school' tu. Tmpt tu dekat pintu keluar. Sabar la wei Iman, main je lah mana-mana. Permainan extreme, saya tak mau, takut! ;-))


Tempat ni Iman memang teruja - 'Driving School'

 


 

Suami, lebih banyak melayan anak-anak. Kesihatan jantungnya tidak mengizinkan. Cik Kembar Alhamdulillah, okey, tak meragam. Belum pukul 4 petang, saya dah rasa penat! Apakah ia tandanya umur semakin meningkat? ^__^
 
 

Hujan dah mula menitik2, lebih kurang pukul 5 petang, kami keluar.
 
 

Sedap juga kari ayam ni ^__^ 
 
 
Kemudahan tandas, tmpt mkn, senang, cuma, tempat makannya agak mahal. Kami hanya mkn tgh hari. Bawak bekal roti/sekut/air satu bag pack, Nah, satu beg kau makanan! Hahhaha anak ramai kan, kena lah berjimat ;-))
 
Hak last, saya dan Iman naik bot. Bolehlah, tak main kan, tak baloi bayar mahal-mahal. Itupun rasa macam tak bnyk sgt kami main. Nasib baik anak-anak main habis-habisan kat water park, kira okey lah!  ;-))
 


Bergambar kenang-kenangan.  ^__^
 
 
Okeylah, jom balik, balik, balik, penat doh weiii.... puas hati doh la, harapan untuk membawa anak-anak ke LEGOLAND akhirnya tercapai! Cewah, harapan gitewww ^__^  Bai LEGOLAND!
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...