Thursday, September 1, 2016

2 Jun 2016: Pelamin Cinta? ^__^

Lagi kejutan di hari ulang tahun perkahwinan! ;-))
 
2 Jun 2016
 
Masa : Balik kerja- Lebih kurang pukul 7 malam - di rumah
 
Tempat: Ruang tamu rumah kami ;-))
 
First time kejutan macam ni! ;-))

 
 
Sesekali romantik ;-))
 
 
Mimpi apa suami sebelum tu, pelamin? Pelamin Cinta? Hahhaha ... serius,  saya sangat2 terharu, nangis ai, okey! ;-))
 


Lorong ke bilik tidur, siap tampal gambar, riben2 bagai ;-))
 
 

 
TQVM Sayang!
 
 
 
Maafkan saya segala atas kesilapan saya terhadap awak!

 #Seriussayaterharu

 
Anak-anak pun sama-sama pakat buat kad untuk mama
 
 
 
TQ Anak-anak mama (sori kad terbalik ;-))
 

Muhammad Iman Haziq
Muhammad Adam Wafiy
Muhammad Umar Ghazi
Muhammad UMar Ghufran
Thanks Allah, rezeki untuk kami, dikurniakan 4 orang cahaya mata! Syukur Alhamdulillah.
 
Lindungi anak-anak kami Ya Allah, rahmatilah kami....
 
Kenangan terindah! Semua tu DIY suami saya sendiri. Kreatif jugak suami aku nih! Thanks awak, saya sangat-sangat hargai! Thanks for everything! ^__^
 
 

Thursday, August 18, 2016

Kejutan Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Cerita dah basi, tapi ia perlu diabadikan di sini, sebagai kenang-kenangan!

Surprise!! ^__^

Bertahun tak de surprise, terharu ai! ;-))

2 Jun 2016


Okey, sandarkan kat kerusi, petang tu, dari pejabat, 'orang tu' jemput! ;-))
 

6 kuntum mawar di hari ulang tahun perkahwinan yang ke-11, terkejut mak tau, ada bunga atas meja pejabat! Dah kena usik-usik ngan officemate ... malu-malu mak tau! ;-))

TQ Sayang!

#hidupbaikbaik
#maafkansaya
#sayangawaksokmo


Wafiy- Budak Kaca Mata ;-))

Hai!
 
Cerita anak kedua saya, dah berkaca mata macam mama jugak! Aduyai....
 
Power rabun- mencecah 500!

Gila terkejut weih, budak darjah dua, power cecah 500! (mata kiri+kanan)
 
Kata papanya, Wafiy pakai spek, tak hensem dah.... Bila cakap tak hensem, terus tarik muka ... hahhah!
 
Okey, okey, papa gurau je, Wafiy memang hensem sokmo! ;-))

 
Buat kat Focus Point, dalam Giant Batu Caves. 
 
 
Bila kami perasan Wafiy Rabun?:
 
Lama jugak kami tau yang dia rabun, berbulan2 kot.
-Bila panggil, tak menyahut / tak dengar,
-Lambai, panggil, buat tak tahu.
-Bila suruh baca perkataan yang jauh2, dia cakap tak nampak, tak boleh baca.
-Kat sekolah,  cikgu ada bagitau, Wafiy menulis, lambat siap.
 

Wednesday, July 20, 2016

Aidilfitri 2016

Salam 15 Syawal.
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
 
Layan gambar sederhana kami di hari raya.

#balikkampung

#teamrayapasirmas
 

Keluarga saya - tak cukup ahli, adik jatey kami - raya ke empat baru balik, kerja di hari raya katanya, sob sob! Alamak songkok! ^__^
 
 

Cucu-cucu lelaki Ba dan Ma



Cik Sue (adik perempuan bongsu saya) dan anak-anak saudaranya, hiihi. Suka gambar ni- tengok gelagat kembar! ^__^

 
 
Tahun pertama beraya tanpa Ma (Mertua). Al-Fatihah untuk arwah mak mentua dan ayah mentua. Semoga hubungan kami adik-beradik ipar-duai terus erat selama-lamanya!  :-((
 
#teamrayakeluargasuami
 
 
 
Saya, keluarga suami (ipar-duai)
 
 
 
#Familipotret
 
 
 
Apasal pejam mata tuuu..;-))
 
 
 
Ma, saya dan kakak sulung!
 
 
 
Ma, adik perempuan dan Ba
 
 
Minggu lepas tak de jemputan open house, tunggu2 juga, kot2 ada yang menjemput kan, tapi tak do, nak masak2 malas deh! Hahahah! Ditambah lagi, sinki tersumbat, uhuhuhu. Masalah besar, bila dah gitu, mood nak masak memang ke laut la.  Nak basuh pinggan pun, coiii! Yang pernah alami masalah mcm ni, tau la kan! Eiii tak kuasa duk dapur!
 
Walau apa pun, now, sinki dah beres, dengan bantuan soda! Nanti kita cerita lain entri ya!
 
Sabtu Ahad ni bnyk jemputan open house ... best best! Tapi rasa tak terkejar pulok. Nampaknya kena buat 'tapisan', bukan tak sudi, tapi mengenangkan jem, masa, ermmm tau2 lah kan.
 

Thursday, June 30, 2016

Kembalikan Semangat II : Menu Berbuka Puasa ;-))

Mood ke laut!
 
Apa tidaknya, elok2 buat entri, save draft, lepas tu semalam, nak edit, tetiba hilang yang ditaip sebelum ini. Waaaaa ... nangis mak, nak kembalikan semula ayat2 yang ditulis tu, tak sama dah. Rasanya ada tertekan sesuatu kat keyboard, tak perasan. Nak tak nak, kenalah reda. Nak tulis balik entri yang tu, lambat lagi la gamaknya. :-((
 
Untuk kembalikan semangat itu, nak tepek gambar ... pilihan menu berbuka puasa - tak de kena mengena kan, ini pun entri jugak. Hahahha ... layankan aje. Hujung2 Ramadan ni, dah tak tau nk masak apa / malas. Kahkahkah. Sebenarnya minggu akhir sebelum balik kampung ni, mood memasak dah tak de dalam diri ni, ha. Masak nasi, goreng telur/ikan sikit, cukuplah. Dah dua kali suami  g beli lauk kat  Restoran Anis, Pantai Dalam. Kat situ banyak lauk-pauk Kelantan/Pantai Timur/tempat makan tengah hari favorite.  ;-))



Berbuka puasa di rumah kakak -dia masak, saya beli Ayam Golek Nara Pantai Dalam. Mak oii, bertahun dah tak beli, harga dah naik RM 24 seekor!



Ini  menu moreh kami ketika berbuka di rumah kakak. Saya buat 'colek perut' ... jenuh basuh perut (lembu)kat rumah. Hahhah, dah nk makan sangat kan....



'Colek perut' -menu selepas terawikh orang Kelantan ;-))
 


Simple-Mi goreng sendiri, yang lain-lain beli. Sup kambing, popia basah, kuih muih jiran bagi, Alhamdulillah, murah rezeki.



Simple - itulah pilihan kami anak beranak, mujurlah anak-anak tak cerewet, mama kurang rajin nak masak banyak2, hahha! ;-))



First time try masak - simple - Nasi 'Pakapau' (Pakapau Ayam). Kalau makan kedai Siam, menu ni lah menjadi pilihan.
 
 
Selamat Berbuka!

Friday, June 10, 2016

Salam 5 Ramadan 1437H

Assalamualaikum, selamat pagi semua.

Salam 5 Ramadan.

Wah, berbulan2 tak update blog ... rasa nak nangis kenangkan blog sendiri. Hahha.... (gelak dalam tangis ;-))

Selamat berpuasa semua....
 
Eh itu aje nak update?

Okey, untuk tidak hampakan diri sendiri, meh nak kongsi juadah berbuka kami sebelum ni (mana yang sempat disnap) ... simple, tapi puas hati, anak-anak suka. Gagahkan diri masak satu / dua jenis lauk.




Sotong Pulut - air tangan suami, dengan bantuan Mr Google ;-)) Thanks awak!
 


Asam pedas ayam- request drpd anak-anak bujang
 


Telur dadar, perut lembu cicah air asam
 


Tom yam campur - versi Kelantan - resepi ma saya  (bertahun tak masak tomyam ;-))
 

 
Ada catatan masak minggu pertama Ramadan, lebih bersemangat la sikit. Eksyen sangat kan, hahha. Tapi semalam, tak ikut catatan, sebab anak-anak minta asam pedas.
 
 
Cukup lah, satu hari, satu lauk utama, sampingan, boleh goreng ayam/ikan. Makan sepinggan, dah menyandar kenyang ;-))
 
 
**Ada yang tak snap
 

Thursday, April 14, 2016

Kembalikan Semangat Itu! ;-))

Hai....
 
Blogwalking je mak mampu ... itu pun ada yang saya komen, baca saja (tak komen), aduhai ... ntah lah, macam ada rasukan halus, jangan update blog hahhah!
 
Ini pun, kumpul kekuatan untuk tulis-tulis sekejap di sini, nak cerita apa pun tak tahu.
 
Macam-macam yang berlaku sejak dua menjak ni, sangat membantut untuk update blog, hahhaha, alasan tak kukuh kan? Tak pe lah, kukuh atau tidak hanya Allah yang mengetahui, ha nampak serius tak?
 
Apa pun, semoga semangat hutan kembali datang dalam diri ini ... untuk terus rajin update blog dari semasa ke semasa....
 
Okey lah, bai, jaga diri hiasi peribadi tau! Senyum sikit, ceria-ceria, semangat-semangat! Hahaha ntah apa2 daaa ... pujuk hati sendiri ni ;-)).
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



 
Chakk!! Selfi sikit-sikit ya. Tangan gegar pun ada hati nak berselfi kan? Kahkahkah!
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...