Wednesday, January 26, 2011

Cakoi, Cakoi, Cakoi!

Melihat blog kawan2 yang memaparkan gambar2 makanan, bikin melelehkan air liur saya. (selera besar!) Tambah-tambah melihat di kala bulan mengambang perut tengah lapar! Terutama blog mamazarin, isy, isy, tempat2 makan yang dikunjunginya, best2 saja!

Apabila dialog2 sebegini mengada-ngada diucap kepada suami-"awk, saya rasa teringin nak makan nando's la," "saya rasa lapar nak makan kenny rogers la," "rasa nak makan subway la". Jawapannya- "awk makan cajuei(cakoi) sudahhhhhhhhhhh!" Tak pun, "awak makan laksa sudahhhhhhhhhhh!" Ha, itu lah Hanapi, cakoi sampai ke senja! Bila saya cakap, "awak ni, sikit2 cakuei, sikit2 cakuei." Dan, pasti ada jawapannya utk kenakan saya balik!-"ala, awak dulu kecik2 dibesarkan dgn cakuei aje...." sambil tersengih2 memandang saya yang terkulat2. Ala, sekali-sekala nak jugak makan yang 'lain-lain' tu. Sudahnya, disuruhnya saya makan cakoi! Tak dinafikan, area rumah saya, terdapat kuih cakoi di gerai pak cik tu, sangat sedap, sangat lembut! Makan panas-panas, cicah air kopi/tea O. Pekena cakoi 5 keping, sekejapan lupa akan nando's/ kenny/ subway. Hahhahah.


Cakoi daripada myresepi.com. Tq ya!

Kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah kami, berdesup Hanapi membeli cakoi kesayangannya untuk dijamu kepada tetamu! Ha, kalau nak rasa cakoi kesayangan Hanapi, jemputlah ke rumah. Hehheheh....

Kalau Hanapi keluar rumah, saya akan memesan agar dibeli makanan untuk kami bertiga. Dan, sekiranya waktu keluarnya itu, petang, jawapnya, makan cakoi lagi lah kami. Cakoi pun cakoilah, janji perut kami diisi. Terima kasih Hanapi! Hehhehehh.

Friday, January 21, 2011

Minum Susu Tepung di Rumah!

Dalam dua tiga hari ini, Wafiy dah pandai minta susu tepung ketika berada di rumah. Dan, semalam, "Ama, Afiy apaa, Afiy nak su." (Mama, Wafiy lapar, Wafiy nak susu). Mata saya sedikit terbeliak. Wafiy lapar? Nak susu? "Minum pek mama lah." "Na nak (tak nak), Afiy nak su" Susu tu, maksudnya, susu botol=susu tepung. Kalau dia nak susu saya, akan disebutnya 'pek'. Erm, nasib baik ada botol susu baru dibeli, dan kebetulan, Dumex Dugro (Honey) 650 g ada dalam simpanan, standby sekiranya pengasuh beritahu, susu tepung habis. Di rumah pengasuh, saya masih membekalkan susu perahan saya dan di top-up dgn Dumex Dugro Honey.


Apabila saya bancuh susu Dumex kepada Wafiy=5 oz, sengih2 hisap botol di kerusi. Saya dan Hanapi pula ralit melihat dia minum susu sambil tersengih2. Maklumlah, tak pernah tengok dia minum susu botol ketika di rumah.


Adakah itu petanda Wafiy mula ingin merenggangkan susu badan? Semalam, dua kali dia minta susu tepung, petang, dan malam ketika mahu tidur. Tetapi apabila terjaga pd tengah malam, seperti biasa, minum susu saya. Saya berasa ingin menghentikan saja aktiviti mengepam saya di pejabat. Hasil perahan saya sekarang, lebih kurang 6-7 oz sahaja (sesi 1=3.5 oz + sesi 2=3 oz hingga 3.5 oz). Tetapi hari ini saya agak teruja-hasil perahan sesi pertama=5 oz! Mungkin semalam, Wafiy kurang minum susu saya, menyebabkan hari ini saya mendapat hasil lebih daripada biasa. Tiba-tiba keputusan untuk menghentikan aktiviti mengepam, kensel! Hheheh, saya akan terus mengepam, tidak kira berapa hasil yang saya dapat, sekurang-kurangnya bekal ke rumah pengasuh untuk Wafiy, masih ada....



Wednesday, January 19, 2011

When I Grow Up

WHEN I GROW UP

When I grow up I think that I
May pilot rockets through the sky
Grow orchards full of apple trees
Or find a way to cure disease

Perhaps I’ll run for president
Build a robot or invent
A computerized machine
or a miniature submarine

When I grow up I’d like to be
A captain of a ship at sea
An architect, a clown or cook
A writer of a famous book

I just might be the one the one to teach
A chimpanzee the art of speech
I will pray without a screech
To my God Ar-Raiis

Insya Allah I will be
All the things I’ve dreamed of
God will grant me

Insya Allah I will be
All the things I’ve dreamed of
God will grant to me

When I grow up
Inshaa Allah
All my dreams come true....
(GA Talents ft. Raihan)


Untuk minggu ni, Iman belajar tentang "My Family". Mengikut takwim yang disediakan oleh sekolahnya, lepas ni, akan menyusul, 'My Ambition'. Jadi, saya bertanya kepada Iman, cita-citanya. Dan, jawapannya kali ini:











































Angkasawan, mama!!

--Angkasawan pulok doh ... hehehhe, dahsyat ya cita-cita budak zaman sekarang, tak macam kita zaman kanak-kanak dulu, hanya tahu, cikgu, kerani, bla bla, tak terfikir nak jadi angkasawan! Entah kartun/cerita apa yang telah mempengaruhi Iman kali ini ... ehhehe. Sampai bila cita-cita Iman yang ini boleh bertahan. Hehheh, macam2 la Iman ni.
--Dan, saya sendiri pun tak menyangka bekerja dalam bangunan yang tersergam indah ini. (heheheh). Segala-galanya adalah ketentuan Allah Taala. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah Taala beri untuk kita....

** Terima kasih kat Datuk Syeikh Muzafar, pinjam gambar tu..;-), ambil kat google

Tuesday, January 18, 2011

Syiling 50 Sen

Kalau berjalan2 di pusat beli belah, saya akan pastikan membawa lebih duit syiling 50 sen. Itu pun, sekiranya saya teringat/ada dalam simpanan. Biasanya, apabila saya mendapat duit baki syiling 50 sen, saya akan simpan. Untuk apa? Dan, untuk siapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wafiy pun dah terikut2 dgn Iman. "Ama, buh wit (duit), buh wit"

Pilot kecil
Dua kerusi, boleh kongsi2
--Kalau tak ada syiling 50 sen pun mereka tetap naik, dan beraksi di atas tu....ehhehe.
--Sekali sekala, untuk tidak menghampakan Iman dan Wafiy saya akan bawa mereka ke 'taman kanak-kanak'. Biasanya, di Jusco ada 'taman' ni. Ala, yang tukar duit dengan token2 tuuuu. Tapi tempat itu agak membingitkan, sekejap boleh la, lama2, sakit telinga!

Ambil, Beratur dan Bayar!

Sekali sekala, beri peluang untuk anak-anak belajar, biar dia rasa dihargai, dan berasa, "Wah, saya sudah besar!". Apabila membuat sesuatu pembelian, latih anak-anak (4-5 tahun) beratur di kaunter bayaran dan biarkan dia membayar barang yang dibeli, terutama barangnya sendiri (mainan/makanan etc). Mama dan papa pula akan melihat/menunggu tidak jauh dr situ. Dan pastinya, semasa membuat pembayaran, dia akan terjengket2 nak letak duit/barang di atas meja-sangat comel! (sekiranya meja tinggi). Biasanya, akan mendapat senyuman mesra/pujian oleh juruwang-"Wah, pandai adik....". Dan, selepas membuat pembayaran, dan mendapat baki duit, si kecil akan menuju ke arah mama dan papa sambil tersengih2 bangga. Lalu memberi baki duit kepada mama dan papa. Wajahnya seperti berkata2, "Mama, saya pandai/ saya sudah besar/ saya sudah bagi duit". Jangan lupa, beritahu anak2 bahawa selepas mengambil sesuatu barangan/ selepas makan di kedai, kena bayar dengan duit!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"ADIK!! BAYAR DULU!!!" Iman berteriak kepada adiknya apabila melihat adiknya menonong keluar kedai selepas ambil makanan dlm kedai. Hehehheeh.

Friday, January 14, 2011

Uniform Baru dan Budak Baru

Ada seorang lagi 'budak baru' nak masuk ke Genius Aulad bersama-sama Iman. My name is.....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


... Muhammad Adam Wafiy! I am 3 years old!


Ha, itulah dia, Muhammad Adam Wafiy, belum cukup umur, tapi cakap dengan mama, nak pergi sekolah. Hehehehe. Semalam, Iman beli 2 pasang uniform baru, sebab 2 pasang yang lama, lengan baju dah singkat! Jadi mama beli lagi 2 pasang, boleh gilir2 nanti dengan yang lama. Dan, bila tengok ada 2 pasang uniform baru, terus saja Wafiy mengaku yang sepasang lagi dia punya! Hhahaha.... Apalagi, bila Iman try uniform baru, Wafiy pun jadi 'tukang sibuk'.

Wednesday, January 12, 2011





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...