Lemau ke, lemau?
Mood raya masih on. Tapi hati masih tertinggal di kampung #teamrayapasirmas. Nak tak nak, hari ni dah kembali ke rutin asal! Pergi kerja, balik kerja, masak, kemas rumah, urus anak-anak, kemudian tidur ... macam tu lah kehidupan.
Hari Sabtu semalam, balik KL, Alhamdulillah, jalan tak jem. Badan penat, raya makan banyak. ;-))Hari ni kite dah start puasa ganti/Syawal. Tak payah nak fikir apa nak makan tengah hari bla bla.
#moodpuasa_on. Raya ni kita main hashtag2 je! ;-))
Rasa-rasanya, kite puasa direct sampai Khamis. Jumaat, Sabtu, Ahad, rehat, bagi laluan untuk jamuan raya, open house #teamrayakl Minggu depan sambung lagi puasa, itupun jika diizinkan-Nya. Insya-Allah.
Selamat hari raya, maaf zahir batin yo! ;-))
Dan, selamat berpuasa Syawal :-))
Dan, selamat berpuasa Syawal :-))
**Eh raya hari tu, lupa nak makan ketupat palas (serunding)! Biasanya arwah mak mertua buat ketupat, bila dia dah tak de, kakak ipar tempah dgn mak saudara. Tapi kite pulok yang terlupa nak makan! Macam mana boleh lupa eh? :-((































