Lama tk cerita fasal anak2 ... balik2 cerita diri sendiri ^_^.
IMAN - 2 bulan lg bersekolah di Genius Aulad Wangsa Maju. Insya-Allah, Little
Ihtifal akan diadakan pada 12 November 2012 ni di MBPJ. Tak tau la dapat ke
tidak sy pergi ke majlis ‘konvokesyen’nya nanti. Kalau dh bersalin masa tu ...
suami la yang pergi. Majlis tu nanti ada showcase diaorang juga. 3 tahun di GA,
tentunya lepas ni kami akan merindui GA yang bukan saja beri pengalaman manis
kpd anak2, tapi parents juga.
Tahun depan, insya-Allah Iman darjah satu di Sek Keb Sentul 1 (dah dapat keputusan
penempatan). Harap semuanya okey! Pendaftaran sekolah agama petang juga suami
yang uruskan. Borang dah ambil, tapi belum hantar. Pada mulanya, saya dan suami
serba salah, nak hantar ke tk nak sekolah agama petang, rasa kesian budak-penat
... macam2 kami fikir. Tak hantar kan, ketinggalan pula. Kata suami, kalau
esok2 nak hantar anak sekolah agama (tingkatan 1), kena ada basic agama. Niat
hati, sekolah menengah, mahu anak2 sekolah agama. Sekolah tahfiz-sains-cewah,
fikir panjang betul kami ni ... darjah satu pun belum, dah fikir tingkatan satu!
;-) Moga diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, mahu lihat anak2
berjaya. Mak2, ayah2 kita dulu macam ni la, kan ... susah payah hantar kita
belajar, doa siang malam mahu anak2 jadi orang yang berguna suatu hari nanti.
Ha, sekarang, diri sendiri dah jadi mak2 baru tahu susah payahnya.
Akhirnya, suami saya buat keputusan, darjah satu ni, kita hantar iman sekolah
agama petang yang tak jauh dari rumah, di Taman Dato’ Senu.
>>>>"Abang! Wafiy nak duduk sebelah mama!" Mama: "Okey2, abang, duduk sebelah papa." Beralah si abang (mood baik).
WAFIY - alhamdulillah, baik-baik saja ... biasalah, budak kecik, sedikit perangai
sejak nak dapat adik. Apa2 hal, mama, mama, mama. Suatu hari, entah macam mana
suami saya motivate dia ... bla bla ... Dan, lepas tu, alhamdulillah, akhir2
ni, dah okey, kurang dah ‘perangai’. Sejak sekolah ni, dh bnyk dia dapat ... semakin
suka dgn buku, kalau menghadap buku baca/colour, sangat teliti dan cukup
serius. Colouring pun kemas. Kata suami, masa ambil dia di sekolah, kawan2
pesan, “Wafiy, jgn lupa balik hafal al fatihah!” ^_^ Kanak2 yang pandai –tolong
ingatkan kawan.
Feveret kami, terutama anak2, telur +kentang goreng (untuk saya, kuningnya separuh masak ^_^)
Cuma yang saya kurang selesa sekarang ni, bila saya tanya soalan feveret, “Wafiy
makan apa kat sekolah hari ni”, katanya, “tak makan apa2.” Dalam seminggu,
sekali/dua saja dia jawab, "makan mi/nasi/cekodok". Dan, pagi tadi masa
hantar Wafiy, cikgunya ‘ngadu’ dgn saya, Wafiy tak nak makan. Tengah hari tk
nak makan, duk makan bekal yang saya bagi je. Kalau bekal yang saya bagi nasi/mi/makanan
berat, okey la, tapi kalau tiap2 hari nk sediakan bekal gitu, memang tak
sempat!). Kebiasaannya, saya hanya bekalkan biskut, roti, kentang goreng saja. Balik
sekolah, sampai rumah, terus masuk
dapur, cari makanan! Sekarang ni, balik dari pejabat, saya cepat2 sediakan
hidangan mkn malam. Bertambah2 nasi waima telur+kicap (feveret anak2). Sesekali
saya akan singgah beli makanan feveret anak-anak – roti canai. Dan, sampai saja
rumah, terus dapatkan saya, “mama beli apa hari ni utk wafiy!?” Kadang2 saya
pesan kat suami, balik sekolah, beli la kuih ... dan sekarang, roti/biskut
mesti ada di rumah. Bila tanya, "kenapa Wafiy tak makan makanan cikgu?" Jawapannya,
hanya, “Tak nak!” Aduhai....
Mereka tak sabar tunggu adik-adiknya keluar dari perut mama. Harap
semuanya okey! (pernah terbaca di ruangan kanak-kanak –“anak-anak perlu
dijelaskan bahawa mereka akan ada adik baru, sentiasa beritahu mereka, ajak
mereka usap2 perut ibu,sembang2 dgn baby dlm kandungan supaya anak-anak tidak
terasa hati/berjauh hati/tersisih apabila ibu melahirkan anak baru nanti.”)
7 comments:
ada terbaca dalam the star juga. suruh anak involve dlm semua hal yag berkaitan dengan baby dari sekarang, supaya dia tidak rasa terasing nanti :)
Zarin pun bakal sekolah tahun dpn, tp bukan darjah 1, tadika 5 tahun. bedebar jugak ni. hikhikhik
dieyana... SKS tu sekolah ila dulu..tp ila dulu SKS2... sekolah agama kat SKA rakyat yg kat blkg pasar sentul (kat bndr br sentul)... syafiqah pun akan sekolah agama jugak.. tp sekolah agama swasta la.. xsabar nak tgk baby comel dieyana nnt..err.. diana dok mana sbnrnyer ek???
idazs=heheh, moga zarin okey... (zarin memang ok, yang debarnya kita..;-)
iela fazielah-ooo...sks 2 sebelah tu kan... iela-dieyana duk kat depan flat rumah mak iela tu..ehhehe... kondo sentul utama... dulu nyewa kat 207...^_^
Diana... seronok baca entri pasal anok2 deh? eemm.. at least esok2 kita ada catatan perkembangan dia orang kan? Tak sabar nak baca entri pasal 'bakal adik2' dia orang nanti....heheheh
setuju tu, utk libatkan abg2 dgn hal adik2nya nanti, baru mrk rasa mrk x diketepikan nanti, br mrk x khianat kat adik sbb dengki - mama asyik ngan adik2 aja nanti!
seronoknya dengar cerita ibu mengandung ni....
Post a Comment