Wednesday, September 19, 2012

‘Manisnya Bertiga’ ^_^

Mahu berkongsi rasa di sini....
Bismillahirahmanirrahim.
1) Ketika kandungan berusia 3 bulan lebih- mak cik urut di kampung urutkan badan, jamah perut, kata mak cik tu, “3 bulan nih? Baby besar nih!” ;-)

2) Kandungan 5 bulan- buka buku merah di klinik kerajaan- doktor check perut, “awk ni salah kira tarikh ke, lebih lima bulan nih!” Dalam hati saya, ‘suka hati je doktor nih!’ Bila discan-DUA? Berkali2 doktor pastikan, golek2 alat tu atas perut saya ^_^ tetap menunjukkan ada dua baby! Doktor pula yang terlebih terkejut, “awak hamil kembar nih!” (Tadi ckp saya salah kira tarikh la, ni dia pulok hok terkejutnye ;-) Tapi saya, terkejut tidak, muka selamba+blur, “ye ke doktor?” sangsi. Dalam hati saya, ‘doktor ni salah tengok kot’. “Saya kena refer awk ke hospital, anemia awk teruk ... bahaya untuk awak dan kandungan 2 baby ni.”

Saya mesej suami yang ketika itu cuti sakit di kampung- suami teruja! “Saya royat doh, awk ngandung kembar!” ;-) Dari awl mengandung, suami tengok keadaan letih saya yang teruk-balik kerja melepek macam kain buruk! Lalu diusiknya saya, “kembar kot nih.” Kerap sebut, apakah masin mulut suami? ^_^ Saya cakap dgn suami, “kembar gapo nyo, inilah dia 4 tahun tak peknen, umur pun 34 doh.” ^_^

Dan, tiap2 hari call/mesej mengusik saya, “hai mama twin, buat apa! Mama twin ok?” Saya ckp, “aloh la, kena scan lagi nih, doktor salah tgk kot....” (takut/risau/berdebar). Saya pesan kat suami, “jgn royat ko ma awak lagi, nanti ma awk citer satu kampung, benda nya tak confirm molek lagi, tunggu scan ke-2. ^_^” Ya lah, kan, suami/ibu mana yang tak teruja apabila isteri/anak disahkan hamil kembar.

Perkhabaran ini saya anggap masih kabur, saya tetap beritahu kpd Ma (mak saya). Ma terkejut, berkali2 dia suruh saya solat sunat syukur, hajat ... saya cakap, “kena scan lagi ni, ma, mana tau doktor salah tgk.” Saya pesan juga kat Ma, “jgn royat ko sapo2 Ma, royat ko Ba (ayah) tak po....” ^_^

Sy balik kg, scan di klinik Pasir Mas, (berdebar) ... doktor sahkan, jelas - DUA!! Alhamdulillah, barulah rasa percaya tu semakin bertambah. Terpancar di wajah suami saya, sinar ceria, waima ketika itu suami masih belum pulih sepenuhnya daripada sakit. (http://http://dieyana78.blogspot.com/2012/06/jiwa-kacau-rindu.html) Banyak2 solat sunat syukur, solat hajat, dipermudahkan semuanya, diberi kesihatan yang baik. Subhanaallah ... terima kasih Ya Allah, menjadi hamba yang dipilih-Mu.

Anak-anak saya turut teruja, kata Wafiy, “mama ada dua baby, satu abang jaga, satu Wafiy jaga.” ^_^. Iman apatah lagi, disebarnya khabar gembira ini kepada kawan-kawan dan teachernya di sekolah ;-))

2+2=4! ;-))
Awal2, saya risau/takut utk hadapi keadaan hamil dua, rasa tidak yakin pada diri, pelbagai persoalan negatif mengundang. Tapi, berkat sokongan suami dan keluarga, saya semakin berkeyakinan, sentiasa positif, saya percaya, Dia bersama-sama saya, Insya-Allah. Saya mahu manfaatkan rasa/pengalaman manis ini. Saya mahu gembira, mengalu-alukan kehadiran mereka dalam rahim saya. Mahu baby dlm kandungan sihat, ceria. Doa banyak2, minta diselamatkan semuanya. Setiap masa, dekat dengan-Nya. Solat dijaga, solat sunat diperbanyakkan. Tidak putus2 memanjat rasa syukur. Kawan2 tegur, usik perut besar, ‘mcm nk bersalin dah’, ‘macam kembar’, sambil tersenyum saya mengiakan, ‘insya-Allah....’

Pengalaman ibu lain apabila diberitahu hamil kembar, adakah seperti saya, teruja, terkejut, tidak percaya, risau, gembira? Yang tengok tentunya teruja, “wah seronok, mahu mengandung kembar juga.” Sedangkan tuan yang ‘bawa’ perut tu, berdebar, kenalin tk tau nk kata.

Dari awal mengandung, situasi/emosi saya keadaan saya sgt2 berlainan berbanding hamil dua ank sebelum ini. Anemia saya adalah berkaitan dgn kehamilan kembar, terkena 2 kali buasir, kerana badan saya yang kecil tidak dapat menampung kandungan yang berat. (http://dieyana78.blogspot.com/2012/07/anemia-ketika-hamil.html)
Keluarga saya tiada keturunan kembar, sebelah suami, ada, tapi pertalian agak jauh juga. Apa2 pun, ada keturunan atau tidak, bagi saya, itu semua rezeki Allah Taala.

**(Check-up di Selayang minggu lepas, kedudukan baby - seorang kepala ke bawah dan seorang lagi songsang, berat kedua-duanya -1.8 kg dan 1.6 kg :-))
Antara pesanan penting drpd orang2 yg penting dlm hidup saya:
Suami- “jgn kerap merungut, kesian bby, kerana kehadiran mereka bnyk memberi rezeki kpd keluarga kita.”
Ba- awal2 dimaklum hamil kembar, sy beremosi kerana risau, kata ba, “Na kena kuat semangat!”
Ma –“jaga lutut, kaki, bimbang tergelincir, duk g mari, g mari...”
Juga kakak saya-banyak beri semangat kpd saya, kawan2 tidak lupa, terima kasih....

Alhamdulillah.

14 comments:

Mun said...

saya plak rasa teruja bila baca akak ni pregnant kembar...

saya doakan semoga akak dan baby dlm kandungan sihat2 :)

Iela Fazielah said...

alhamdulillah...akhirnya... diana dah bercerita... ikutla cakap suami n parents diana tu...betull...anak tu membawa rezki...bykkan solat n berdoa... yg penting.. doakan mereka sihat, selamt bersalin dgn mudah dan dipanjangkan umor... ila masih teringat saat gembira mengandungkan dan melahirkan anak2 kembar ila... mmg sgt teruja...cuma rezeki ila xpanjang utk mereka.. seorg di pulangkan semula... semoga diyana dpt melalui detik2 membesarkan mereka dgn sempurna dan gembira bersama abg2 mereka yg lain.... ila tumpang gembira

SYANI said...

Tahniah....teringin juga mengandung kembar..hehehe.. La ni tengah peknen 3 bulan tapi tak scan lagi.

Siti Suhana said...

Alhamdulillah sahabat..berkat berkawan dengan kawan yg berstatus kembar agaknya..tu yg ikut jejak..hehe..takdelah, semua tu kuasa Allah SWT jua. Aku doakan ko dan twin sihat dan mudah bersalin nanti..aminn...

Siti Suhana said...

Alhamdulillah syukur..kami doakan agar diana dan twin sihat selalu dan dipermudahkan bersalin nanti oleh Allah SWT. Berkat berkawan dgn kawan2 yg berstatus kembar kot..hehe..takdelah, semua dgn izin Allah SWT jua...

tiny hayyzad said...

alhamdulillah kak...
seronok dengar...
mase majlis raya ari tuu pon ngok akk macam da xlarat jee..macam da tgu ari...betul tekaan..preggy kembaq..
seronok...meh bg aura cket kat tiny...hihi...
take care kak...

Izwa Kamaruddin said...

tahniah kak :)

Masya said...

ngandung kembar ker?? tahniah yer...
saya pulak yg baca teruja hihihihi ...
moga segalanya dipermudahkan...

Ummu Madihah said...

seronok dengan pengalaman Dieyana mengandung kembar! Teringat pengalaman beranak kecil semasa muda-muda dahulu. Mak Aji doakan agar Dieyana sihat dan kuat membawa kembar tu, semoga selamat dan mudah bersalin nanti.

Akak Kembang said...

seronok kak...kembar lagik....

Ayu Ayunie said...

alhamdulillah. seronoknya kembar. bukan senang nak dapat kembar ni. abah sy kembar tp org kata kalau belah suami tu ada harapan la.. take care yer.

- dieyana - said...

cikmoon-insya-Allah, t.kasih ya!:-)

iela-insya-Allah, t.kasih..berdebar juga dieyana nih..harap sihat belaka....

syani-t.kasih...ha p scan cepat2 supaya tidak 'blur' mcm dieyana.;-)

siti suhana-ha, alhamdulillah...berkawan dgn kembar, rezeki ngandung kembr juga..kihkhihk

- dieyana - said...

tiny-ha, alhamdulillah, heheheh, t.kasih...

mrs eady-t.kasih :-)

masya-ha, insya-Allah..t.kasih

ummu madihah-hehhe, t.kasih mak aji, berkat doa mak aji..;-)

alin-hehehe, alhamdulillah..;-)

ayu-alhamdulillah, t.kasih

TERIMA KASIH ATAS DOA KALIAN...MOGA DIPERMUDAHKAN SEMUANYA..:-))

Noraini Abd. Shukor said...

diyana semoga Allah permudahkan urusan bersalin dan semoga twin sihat dan menjadi anak yang soleh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...