Semakin penghujung kehamilan, selera semakin menjadi-jadi. Masih ada sebulan setengah lagi lebih kurang ke tarikh jangkaan bersalin. Dek melayan selera yang semakin 'menggila', sanggup menahan kaki yang semakin hari semakin sakit, saya mengajak suami ke Black Canyon (BC) di AEON Setiawangsa. Mengandung kali ini, suami lebih sporting, tidak banyak soal seperti kebiasaannya. Kalau saya mengajaknya keluar, ok aje ... tq Hanapi! ;-))
Jom tengok apa yang kami makan di BC
Pilihan suami -lebih banyak sayur. Lupa namanya ;-)
Pilihan saya-lebih kurang sama dgn pilihan suami tetapi kuahnya sedikit merah
(Kalau yang menggemari kuetiaw ladna macam kami, boleh pilih kedua-dua menu ini. Puas hati, sedap!)
Suka!
Anak-anak terlebih dahulu beli Big Apple-donut feveret mereka, tapau bawa makan di BC, mereka hanya minta aiskrim saja. Tapi aiskrimnya kurang menyengat.
Bagi kami, harga untuk menu yang dipilih, tidaklah mahal, agak berpatutan, dan dari segi rasa, puas hati!
Habis makan, suami ajak jalan2 dalam AEON. Ikutkan hati, mau 1000x ^_^, tapi kaki dah tak tahan sakit, sudahlah perut kekenyangan, kepanasan pula! :-(( Ke AEON, hanya semata-mata melepaskan keinginan di BC saja ;-) Suami melayan anak-anak bermain 'kereta' di depan BC, mak buyung tak larat sgt2 doh! Tunggulah nanti, dah bersalin besok, satu AEON ni akan kutawaf! (melampau le tuuu ^_^) Boleh ulang BC lagi -))
Kalau tak kerana BC ni, tak maunya saya nak datang ke AEON dgn menahan rasa sakit situ, sakit sini, dugaaan mengandung kembar....Ya Allah, cepat2 la bersalin, semoga dipermudahkan semuanya. Amin.
4 comments:
hehe...mengandung kembar.. suami mmg kena melayan....speacial utk wife tersayang
cantik gelas coffe canyon tu
sedap ni.. meleleh air liur
makan kotiaw latna memang kegemaran... suke²....
Post a Comment