Allah Maha Mendengar akan doa hamba-Nya ... 11 Oktober 2012, kandungan 36 minggu, saya selamat bersalin dua putera di Hospital Selayang. Tarikh jangkaan bersalin-10/11/2012, sebulan awal. Alhamdulillah, syukur, terima kasih Ya Allah. Imbas kembali detik itu....
11/10/2012
~~ Ke pejabat seperti biasa, sempat sediakan bekal roti telur untuk anak2, dan saya sempat sarapan di rumah. Di pejabat, minggu yang agak tension, perlu siapkan kerja dalam waktu terdekat, tapi tetap sempatkan diri mengacau satu mug susu Anmum.
~~ Ke pejabat seperti biasa, sempat sediakan bekal roti telur untuk anak2, dan saya sempat sarapan di rumah. Di pejabat, minggu yang agak tension, perlu siapkan kerja dalam waktu terdekat, tapi tetap sempatkan diri mengacau satu mug susu Anmum.
9.00 pagi ~~ berasa tidak selesa, 'cecair apa yang keluar ni, takkan terkencing dalam seluar kot?' ^_^ Tanpa rasa curiga, ke toilet, ouch!! Penuh darah! Kalut. "Kak, darah kak." "Darah apa diana?" "Saya, keluar darah kak!" Perasaan masa tu rasa nak nangis je! "Ha?!!" 'Terlompat' kakak tu dari kerusinya. "Duduk Dieyana, kau nak bersalin dah ke?!" Kawan2 di bahagian turut kalut, "Dieyana, buku merah ada?" "Beg baju ada?" Pelbagai soalan menerjah saya. Saya bikin kalut di tingkat 25! Tiba-tiba rasa blur, tak tau nak capai apa. Terus call suami. (Dari sehari ke sehari saya nak masukkan kelengkapan saya dan babies dalam beg, tp tk buat2, sehinggalah saat nak bersalin .. padan muka! ;-)
~~ Diri dah tak keruan, darah masih tak berhenti keluar ... kemas meja pejabat. "Kak, sori kak, sy tk sempat siapkan buku cenderamata." "Isy, kau Dieyana tk yah pikir pasal kerja."
~~ Kemudian dtg pengawal DBP, bawa saya ke lobi DBP dgn wheel chair-tunggu ambulan. Dalam pada itu, saya hairan, langsung tk rasa sakit, ramai yang duk tanya, 'sakit tak?' 'Rasa kontraksi tak?' "Entah, tak de sakit apa2 pun," jawab saya selamba. (Tak pernah saya keluar darah membuak2 gini. Biasanya, tanda sedikit darah -kemudian diikuti dgn kontraksi. Kali ini, langsung mak tak rasa sakit, nak bersalin ke hape ni? Takut, berdebar yang amat, bimbang akan babies dalam kandungan. Ya Allah, selamatkan kami....
~~ Kemudian dtg pengawal DBP, bawa saya ke lobi DBP dgn wheel chair-tunggu ambulan. Dalam pada itu, saya hairan, langsung tk rasa sakit, ramai yang duk tanya, 'sakit tak?' 'Rasa kontraksi tak?' "Entah, tak de sakit apa2 pun," jawab saya selamba. (Tak pernah saya keluar darah membuak2 gini. Biasanya, tanda sedikit darah -kemudian diikuti dgn kontraksi. Kali ini, langsung mak tak rasa sakit, nak bersalin ke hape ni? Takut, berdebar yang amat, bimbang akan babies dalam kandungan. Ya Allah, selamatkan kami....
~~ Hampir 45 minit tunggu ambulan, apabila staf DBP call lagi, katanya, tengah cari bidan! Tak perlu tunggu ambulan, akhirnya saya dihantar oleh Encik Driver DBP, ditemani rakan Bahagian-K.Fida n K.Roslida. Dalam kereta, masih tak rasa sakit, boleh borak2, tapi tak dapat tumpukan topik apa yg dibualkan, perasaan takut/bimbang, lebih menguasai diri. Sehinggakan sampai hospital, saya terlupa nak cakap terima kasih kat Encik Driver. ^_^
~~ Di hospital, terus di bawa ke katil-doktor, nurse tanya, "awak jatuh ke?" "Tak!" Bila scan tengok babies, alhamdulillah, semua okey, kejap2 doktor/nurse tanya, "sakit tak?" "Ada rasa kontraksi tak." "Tak de rasa apa2 pun," kata saya. Duk tunggu2 juga mana kontraksi/sakit sebelum bersalin seperti mana saya bersalin dua anak saya sebelum ini. Tapi syukur juga, bersalin kali ini, tiada langsung rasa kontraksi yang maha hebat sakitnya itu!
~~ Lebih kurang 30 minit saya terbaring. Mulut tak henti2 berdoa, segala doa yang ingat saya baca, kecuali doa makan, doa naik kenderaan ^_^ Baca surah pendek yang ingat ... darah masih tak henti keluar. Kemudian masuk Doktor Gibran namanya, yang saya jumpa semalam (sehari sebelum bleeding ni, sy check-up di Selayang dengan Doktor Gibran). "Hai, semalam saya check awak, hari ni awak dtg, dh nk bersalin?" Saya hanya tersenyum kepada doktor yang tak kurang kacaknya ;-) Agak segan bersalin kali ni, sebab saya langsung tk sakit (keadaan sedar) tapi doktor yang dtg check, kebanyakan doktor lelaki! Adoi!
~~ "Kedudukan kepala kedua-dua bby elok ke bawah, tapi uri jatuh/ke bawah, menutup terus laluan. Tiada jalan lain, awak kena operate!" Operate? Mendengar perkataan operate, bedah, saya mula gigil, ketar kaki-lutut. Mereka yang biasa bersalin operate, mungkin senario begini biasa, tapi tidak saya. Pelbagai andaian yang bermain dalam fikiran saya. Ya Allah, berilah ketenangan kepadaku....
~~ Nurse menyiapkan diri saya untuk dibawa ke bilik bedah! Katil ditolak menuju ke bilik bedah, sebelum tu, saya dikehendaki menandatangani surat kebenaran untuk dibedah. Di luar, jumpa suami, salam, mohon maaf, salah silap, sambil terketar2, perasaan yang bercampur baur. Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari saya dibawa ke bilik bedah. ... mulut kumat kamit membaca ayat segala ayat, doa segala doa....
Episod seterusnya-pengalaman pertama di bilik bedah....
11 comments:
Salam Dieyana,
Tak sabar nak baca sambungan cerita ni!! Boleh buat cerpen nih!
hikhihk, mak aji bikin malu saya saja...cerpen bahasa tunggang langgang, boleh la..;-)
tetibe bace acam sedih pulak kak...
huhuhu...
xtaw naper..
sedih gmbira kot..
selamat yerkk kak...
sekarang kat maner?
oh..berdebar.. ila rasa mcm diana rasa...cuma xde bleeding semua... sakit pun xde... pengalaman operate yg menakutkan (pada awalnyer) tak sbar nak baca cerita lanjut!
tiny, alhamdulillah, selamat semuanya..:-)) kak kat kg skang....
iela-huuh, itulah dia, 'bercinta' nk sambung episod deterusnya...hehhe
saya tunggu episod seterusnya....
alamak...bilik bedah..gerunnye
Cepat la sambung...hehehehe...
Cepat la sambung...hehehehe...
ohhh takde laluan patut lah kena ceazer..alhamdulillah semuanya selamat kan.
Post a Comment