Dah settle hantar anak-anak sekolah-kami berdua suami isteri, apa lagi-dating! Hihiih, jarang-jarang dapat berdua-duaan macam ni. Alang-alang cuti hantar anak sekolah (hari pertama), jom lah kita pusing-pusing KL, minum-minum. Aci deh! "Iman, Wafiy, Cik Kembar jangan risau, mama dengan papa pergi makan nasik lemak je, mama tak makan KFC pun! (kfc-feveret cik kembar, mana boleh makan makanan feveret anak-anak tanpa mereka di sisi, nanti rasa bersalah! Betul tak? Mak-mak mesti emosional macam ni kan! ;-))
Suami ajak makan roti sardin kat Taman Melati, sedap katanya. Tup tup sampai, dah tk jual, katanya tak de orang nak menebar. Makan je lah nasi lemak. Tak kisah lah, janji boleh dating, ahaha kemaruk dating ... setelah beberapa tahun tak berdua mcm ni!
Minum, makan, sambil bincang2 masa depan keluarga, cerita anak-anak, bersembang sampai lenguh mulut, macam lama tak sembang, hahhaha! Peluang berdua macam ni lah, boleh sembang sampai senak perut laki bini! Feeling pakwe mak we, padahal anak empat berderet! ;-))
RM 8
Yang best, bila suami sgt sporting satu hari ni, dah minum pagi, masuk Sogo pula. Tapi tk lama, sbb pukul 1 jemput Iman n Wafiy dr sekolah. Tk de shoping pun, beli putting botol Avent cik kembar, terus ke Aras LG, cari makan yang ringan-ringan. terus nmpk churros yang dah lama teringin! Boleh tahan sedapnya, rangup di luar, lembut di dalam (Cakoi moden ;-)) Tapi sos coklat nya agak pahit!
Petang, lepas hantar anak-anak sekolah agama, sambung dating lagi! ^__^
Kali ni pusing2 area Wangsa Maju. Misi nk cari Pirate Coffee yang diviralkan. Tapi frust, gerai tk buka! Rupa-rupanya bila check IG, Isnin mmng gerai tutup. Ades, kita p minum teh aje lah kt mana2. Lalu Danau Kota, singgah minum tea o ais, mkn goreng pisang, tk kisah lagi! Janji boleh sembang berdua dgn aman damai! Sembang sampai kering air liur, adoi, lawak rasanya kami laki bini satu hari tu!
Salad kat Sogo (Aras LG), boleh pilih, campur-campur, lepas tu timbang!
Ok bai, itu je nk cerita kami kemaruk dating sampai lebam! Kenangan 'comel' dan 'manis' untuk kami ingati bila 'bergaduh'! ;-))
No comments:
Post a Comment