Tuesday, October 30, 2012

Melayan Selera di Black Canyon

Entri reverse-belum basi tau! ;-)

Semakin penghujung kehamilan, selera semakin menjadi-jadi. Masih ada sebulan setengah lagi lebih kurang ke tarikh jangkaan bersalin. Dek melayan selera yang semakin 'menggila', sanggup menahan kaki yang semakin hari semakin sakit, saya mengajak suami ke Black Canyon (BC) di AEON Setiawangsa. Mengandung kali  ini, suami lebih sporting, tidak banyak soal seperti kebiasaannya. Kalau saya mengajaknya keluar, ok aje ... tq Hanapi! ;-))

 Jom tengok apa yang kami makan di BC

Pilihan suami -lebih banyak sayur. Lupa namanya ;-)

Pilihan saya-lebih kurang sama dgn pilihan suami tetapi kuahnya sedikit merah
(Kalau yang menggemari kuetiaw ladna macam kami, boleh pilih kedua-dua menu ini. Puas hati, sedap!)

Suka!

Anak-anak terlebih dahulu beli Big Apple-donut feveret mereka, tapau bawa makan di BC, mereka hanya minta aiskrim saja. Tapi aiskrimnya kurang menyengat. 

Bagi kami, harga untuk menu yang dipilih, tidaklah mahal, agak berpatutan, dan dari segi rasa, puas hati!

Habis makan, suami ajak jalan2 dalam AEON. Ikutkan hati, mau 1000x ^_^, tapi kaki dah tak tahan sakit, sudahlah perut kekenyangan, kepanasan pula! :-(( Ke AEON, hanya semata-mata melepaskan keinginan di BC saja ;-) Suami melayan anak-anak bermain 'kereta' di depan BC, mak buyung tak larat sgt2 doh! Tunggulah nanti, dah bersalin besok, satu AEON ni akan kutawaf! (melampau le tuuu ^_^) Boleh ulang BC lagi -))

Kalau tak kerana BC ni, tak maunya saya nak datang ke AEON dgn menahan rasa sakit situ, sakit sini, dugaaan mengandung kembar....Ya Allah, cepat2 la bersalin, semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Saturday, October 27, 2012

Wangian dari Syurga :-))

Wangian dari Syurga 
.
.
.
.
.
.
.
 ~~HARI YANG KE-17~~

Alhamdulillah.... selamat bersalin pada 11 Oktober 2012, (operation) di Hospital Selayang pada pukul 2.00 petang. (Tarikh jangkaan - 10 November 2012 ;-))

Ist Twin: Muhammad Umar Ghazi bin Hanapi
Berat: 2.25 kg

2nd Twin: Muhammad Umar Ghufran bin Hanapi
Berat 2.1 kg


**(Entri2 lain tergendala, kerana memberi laluan kepada makluman lahirnya si kembar...^_^  Mahu berpantang secara aman, 'besok2' ada kelapangan, saya akan update entri lama dan baru sampai muntah! Itupun kalau rajin.^_^ Jaga diri hiasi peribadi!

Wednesday, October 10, 2012

'Pulut2' Mak Cik Kelantan ;-)

Akhirnya, dapat juga makan  aneka pulut (http://dieyana78.blogspot.com/2012/09/aneka-pulut.html ), waima tak de pulut dakap, syukur dapat ketupat palas.

Kakak saya mencadangkan saya ke pasar pagi Ahad di Pantai Dalam. Alhamdulillah, ada dua orang mak cik Kelantan duduk bersila di pasar pagi tersebut, tak toleh mana2 dah, mata terus tertumpu kuih2 pulut yang mak cik tu jual. Tapai pun ada....

 
Ketupat Palas berinti sambal daging- 5 biji RM 3, Pulut Bakar (bulat), pulut panggang Kelantan berinti sambal ikan (bukan inti nyiur deh!)
 

Tapai-RM 1=3 biji. Sedap weih!
 
Beli serba sedikit, asalkan dapat rasa, tak de lah duk mimpi2 nak makan pulut. Lena tidur.... ^_^
 
(Tak habis sampai situ, terliur pulok menu di Black Canyon! Jom, kita terjah Black Canyon pula deh! ;-))

Saturday, October 6, 2012

Basikal Biru

Tahun sebelum ni, dah minta, "mama, iman nak beli basikal," bila mama cakap, "tunggu Iman besar skit," "ok," jawabnya. Lama, minta lagi ... "ok," kata mama. Tapi, Iman pula yang ubah fikiran, "tk jadi lah mama, basikal." Tup-tup, 2 minggu lepas, "Mama ada duit berapa? (Ayat klise anak teruna saya ^_^) Iman nak beli basikal." 


Akhirnya, dapat juga 'gateh' (kayuh)basikal ;-)

Kalau dah si abang ada basikal, si adik pun, wajib beli!

Thursday, September 27, 2012

Tentang Iman Wafiy


Lama tk cerita fasal anak2 ... balik2 cerita  diri sendiri ^_^.

IMAN - 2 bulan lg bersekolah di Genius Aulad Wangsa Maju. Insya-Allah, Little Ihtifal akan diadakan pada 12 November 2012 ni di MBPJ. Tak tau la dapat ke tidak sy pergi ke majlis ‘konvokesyen’nya nanti. Kalau dh bersalin masa tu ... suami la yang pergi. Majlis tu nanti ada showcase diaorang juga. 3 tahun di GA, tentunya lepas ni kami akan merindui GA yang bukan saja beri pengalaman manis kpd anak2, tapi parents juga.

Tahun depan, insya-Allah Iman darjah satu di Sek Keb Sentul 1 (dah dapat keputusan penempatan). Harap semuanya okey! Pendaftaran sekolah agama petang juga suami yang uruskan. Borang dah ambil, tapi belum hantar. Pada mulanya, saya dan suami serba salah, nak hantar ke tk nak sekolah agama petang, rasa kesian budak-penat ... macam2 kami fikir. Tak hantar kan, ketinggalan pula. Kata suami, kalau esok2 nak hantar anak sekolah agama (tingkatan 1), kena ada basic agama. Niat hati, sekolah menengah, mahu anak2 sekolah agama. Sekolah tahfiz-sains-cewah, fikir panjang betul kami ni ... darjah satu pun belum, dah fikir tingkatan satu! ;-) Moga diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, mahu lihat anak2 berjaya. Mak2, ayah2 kita dulu macam ni la, kan ... susah payah hantar kita belajar, doa siang malam mahu anak2 jadi orang yang berguna suatu hari nanti. Ha, sekarang, diri sendiri dah jadi mak2 baru tahu susah payahnya. Akhirnya, suami saya buat keputusan, darjah satu ni, kita hantar iman sekolah agama petang yang tak jauh dari rumah, di Taman Dato’ Senu.


>>>>"Abang! Wafiy nak duduk sebelah mama!"  Mama: "Okey2, abang, duduk sebelah papa." Beralah si abang (mood baik).
WAFIY - alhamdulillah, baik-baik saja ... biasalah, budak kecik, sedikit perangai sejak nak dapat adik. Apa2 hal, mama, mama, mama. Suatu hari, entah macam mana suami saya motivate dia ... bla bla ... Dan, lepas tu, alhamdulillah, akhir2 ni, dah okey, kurang dah ‘perangai’. Sejak sekolah ni, dh bnyk dia dapat ... semakin suka dgn buku, kalau menghadap buku baca/colour, sangat teliti dan cukup serius. Colouring pun kemas. Kata suami, masa ambil dia di sekolah, kawan2 pesan, “Wafiy, jgn lupa balik hafal al fatihah!” ^_^ Kanak2 yang pandai –tolong ingatkan kawan.
Feveret kami, terutama anak2, telur +kentang goreng (untuk saya, kuningnya separuh masak ^_^)
Cuma yang saya kurang selesa sekarang ni, bila saya tanya soalan feveret, “Wafiy makan apa kat sekolah hari ni”, katanya, “tak makan apa2.” Dalam seminggu, sekali/dua saja dia jawab, "makan mi/nasi/cekodok". Dan, pagi tadi masa hantar Wafiy, cikgunya ‘ngadu’ dgn saya, Wafiy tak nak makan. Tengah hari tk nak makan, duk makan bekal yang saya bagi je. Kalau bekal yang saya bagi nasi/mi/makanan berat, okey la, tapi kalau tiap2 hari nk sediakan bekal gitu, memang tak sempat!). Kebiasaannya, saya hanya bekalkan biskut, roti, kentang goreng  saja.  Balik sekolah, sampai  rumah, terus masuk dapur, cari makanan! Sekarang ni, balik dari pejabat, saya cepat2 sediakan hidangan mkn malam. Bertambah2 nasi waima telur+kicap (feveret anak2). Sesekali saya akan singgah beli makanan feveret anak-anak – roti canai. Dan, sampai saja rumah, terus dapatkan saya, “mama beli apa hari ni utk wafiy!?” Kadang2 saya pesan kat suami, balik sekolah, beli la kuih ... dan sekarang, roti/biskut mesti ada di rumah. Bila tanya, "kenapa Wafiy tak makan makanan cikgu?" Jawapannya, hanya, “Tak nak!” Aduhai....
Mereka tak sabar tunggu adik-adiknya keluar dari perut mama. Harap semuanya okey! (pernah terbaca di ruangan kanak-kanak –“anak-anak perlu dijelaskan bahawa mereka akan ada adik baru, sentiasa beritahu mereka, ajak mereka usap2 perut ibu,sembang2 dgn baby dlm kandungan supaya anak-anak tidak terasa hati/berjauh hati/tersisih apabila ibu melahirkan anak baru nanti.”)

Tuesday, September 25, 2012

Aneka Pulut

Dah 32 minggu ni, macam2 nak makan. Awal2 mengandung, tak lah 'mengada-ngada' sangat. Sekarang ni, selera menggila nakkan pulut ... apa saja yang berasaskan pulut! Ketupat palas, pulut dakap, pulut mangga, cendol pulut, pulut durian pun! Mana nak cari ketupat palas KL ni? Raya hari tu, tak nak makan puas2! Selera ibu mengandung ni tak tentu, kejap2 datang nk makan itu, ini, dah 'expired' tak nak, nak makan lain pula! ^_^ Tapi alhamdulillah, bukanlah nak makan yang 'mengarut', semua yang teringin adalah sesuatu yang masuk akal.
 
 Cendol Pulut

 Kata kakak saya, mu try cari di pasar pagi Ahad Pantai Dalam, insya-Allah ada ketupat palas situ. Oh, tak sabar tunggu hari Ahad! Dan, cendol pulut, haruslah kami ke Wahab's Cendol di Sri Rampai (tak silap saya).

Ketupat palas


 Pulut mangga


Pulut dakap

Kalau kat kampung, boleh minta ma buatkan pulut dakap ni. Nak buat sendiri, tak pandai! ;-)

(Sumber gambar2: Google. Tq!)



Thursday, September 20, 2012

Ruang Makan Simple


**(fesyen baru pulok ko ni, dashboard...adui, pening...:-(

Bosan dengan kedudukan perabot dalam rumah, balik2 macam tu lah kedudukannya! Cari sesuatu yang boleh dialih. Ya, meja makan! Walaupun perut semakin ke depan, tetap nak ubah suai/angkat meja makan yang berat amat tu! "Jom, kita alih meja makan alik tu pulok!" Kata suami pula, "tak lawa la, nanti buka pintu rumah, terus nampak meja makan." "Tak po, kita try dulu, kalu tak lawa, kita alih balik!" ^_^

Alamak, betul seperti yang dikata, tak lawa! 'Trafik' tak cun! Alih ke kedudukan asal, tepi cermin, tapi dengan posisi yang berbeza. Renung, tenung, seperti ada yang tak kena!
 

 
<-------Kedudukan asal (memanjang)
 
 
 
 
 
 
<----------(Apabila disahkan hamil, suami kosongkan akuarium, lepas ikan di kolam sekolah). Tak nak semakkan mata, akuarium kosong, letak belakang dapur a.k.a stor kecik
 
 
      
 Kedudukan baru dari depan (melebar)
 


 
"Erm, macam ok (ruang menjadi luas), tapi kena letak sesuatu tepi dinding tu, lampu tinggi simple2 je (tambah estetik, konon!hahah)

 
 
 
 
 
 
 
 
<--------Depan ni, mahu letak karpet/sesuatu panjang simple, untuk selaraskan cermin tu. Ewah, berangan nombor satu! (Bawah meja 'dilarang' letak apa2, utk memudahkan menyapu ;-)




Rasa bosan pula dengan warna dinding di ruang tamu (coklat gelap), mahu 'bermain' dengan warna, tapi tak tahu warna apa dan tak tau bila, lepas ni 'sibuk' nak bersalin pulok! ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...